01 Ogos 2009

Usrah Satu Pengenalan....

PENGENALAN USRAH.


- Perkataan usrah berasal dari kalimah bahasa Arab yang bermaksud keluarga .Istilah usrah ini digunakan untuk menunjukkan adanya hubungan atau ikatan persaudaraan sesama manusia.

- Usrah adalah bermaksud satu unit kumpulan individu-individu Muslim(Fardhu Muslim) yang beriman dengan Allah

- Kesempurnaan usrah terdapat dalam tiga rukunnya iaitu:

a) Berkenalan (Ta’aruf)

b) Bersefahaman (Tafahun)

c) Saling membantu (Takaful)


RUKUN USRAH.

Rukun Pertama: Ta’aruf


- Berkenalan di antara satu sama lain adalah rukun yang pertama bagi pengertian usrah.

- Kita berkenalan dan berkasih sayang dengan semangat cinta kepada agama Allah dan menyedari serta memahami pengertian hakikat ukhuwah sejati di antara satu sama lain.

- Hendaklah saling kenal mengenali dan berkasih sayang kerana Allah.

- Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud :


"Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat."


Rukun Kedua: Tafahun


- Rukun yang kedua adalah dari sistem usrah.Saling bersefahaman sesama anggota usrah di dalam beramal dan bertindak.

- Persefahaman ini penting kerana ikatan ini tidak dapat dibentuk sekiranya tidak ada persefahaman yang mantap dikalangan anggota.

- Apabila persefahaman ini wujud maka segala nasihat menasihati menjadi baik

- Apabila persefahaman terpaut sesama anggota maka ini akan membuahkan kasih sayang antara mereka.

- Rukun Tafahun ini berkait rapat dengan ukhuwah kerana ukhuwah tidak dapat dilaksanakan kecuali sudah ada persefahaman dikalangan mereka.

Rukun Ketiga: Takaful


- Hendaklah ada perasaan tolong menolong dan bantu membantu di kalangan saudara yang lain dalam menghadapi apa suasana yang memerlukan bantuan moral dan material sama ada bersifat peribadi mahu pun keluarga.

Adab-adab usrah.


1. Hendaklah datang kemajlis dengan niat yang ikhlas untuk mencari dan mengharapkan keredhaan Allah S.W.T.

2. Hendaklah datang ke majlis tepat pada waktu yang telah dijanjikan.

3. Hendaklah datang ke majlis di dalam keadaan berwuduk dan memakai pakaian yang sopan,bersih dan sempurna.

4. Hendaklah datang ke majlis usrah dengan membawa keperluan yang lazim dalm usrah.

5. Hendaklah datang dengan persediaan yang diamanahkan setelah saudara sanggup untuk memikulnya.

6. Hendaklah datang ke majlis usrah dengan keazaman untuk

Menambah ilmu, mendekatkan diri kepada Allah dan meningkatkan amalan

7. Jika tidak dapat menghadiri majlis usrah kerana terhalang oleh sesuatu keuzuran yang diharuskan (uzur syari’e), hendaklah memaklumkan kepada naqib seawal mungkin.

8. Hendaklah memberi salam dan meminta keizinan sebelum memasuki tempat diadakan usrah.

9. Hendaklah duduk dalam majlis dengan sopan santun kerana majlis yang di dalamnya disebut nama Allah (iaitu majlis zikir) adalah dihadiri oleh para malaikat.

10. Hendaklah memulakan majlis dengan ‘Ummul Kitab’ kerana di dalamnya mempunyai pujian terhadap Allah dan doa keselamatan dan kesejahteraan. Disamping itu berselawatlah ke atas nabi junjungan Muhammad SAW.

11. Hendaklah mendengar segala bacaan, pengajaran, penjelasan, dan arahan dengan teliti dan tenang sambil cuba memahami, mencatat dan mengingatinya dengan tepat. Segala pengajaran dan pelajaran yang dipelolehi dari majlis ini mestilah dijaga dengan penuh amanah sebelum disampaikan kepada orang lain.

12. Jangan menggangu majlis yang sedang berjalan samaada dengan cara mencelah percakapan naqib atau tindakan-tindakan lain yang boleh menghilangkan tumpuan ahli-ahli pada majlis itu kecuali ada satu keperluan yang mendesak.

13. Hendaklah memohon penjelasan atau mengemukakan pertanyaan terhadap perkara-perkara yang kurang difahami, apabila diberi kesempatan atau setelah meminta keizinan. Amalan ini hendaklah dibiasakan supaya majlis tidak terganggu dengan pertanyaan-pertanyaan sedangkan naqib belum habis memberi penjelasan

14. Ketika bercakap dalam majlis janganlah meninggikan suara sehinggakan melebihi keperluan para pendengar dalam majlis usrah kerana perbuatan itu dilarang oleh Allah SWT.

1 ulasan:

  1. dayah mat ail/insan kerdil6 September 2009 pada 3:32 PTG

    slm,rindunya nk join usrah blk..moga dberi usia utk join usrah 1 ari nanti..lbih lg ukhuwah antara teman smakin longgar,yg kukuhnya ukhuwah blainan jantina,nauzubillah..

    BalasPadam

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ يَمَنِنَا، قَالُوْا: يَارَسُوْلَ اللهِ وَفِيْ نَجْدِنَا، قَالَ : اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ شَامِنَا اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ يَمَنِنَا، قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ وَفِيْ نَجْدِنَا فَأَظُنُّهُ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَاْلفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ ( صحيح البخاري )

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : "Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata: Ya Rasulullah, juga Najd kita..?, (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa): “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami” , mereka berkata: Ya Rasulullah, juga Najd kita..? ,( Rasulullah diam dan kembali berdoa ): “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami” , mereka berkata : Ya Rasulullah, juga Najd kami..??, beliau saw kemudian menjawab: “dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah!, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk setan!." ( Shahih Al Bukhari)

Kafaratul Majlis