19 September 2009

Salam Aidilfitri...


Selamat hari raya daku ucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat yang mengenali diri ini,.andai ada salah dan silap,ku pohon seribu kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sebagai manusia kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan, moga kesilapan yang dilakukan tidak akan berulang, insyaallah..selamat hari raya, maaf zahir dan batin..

17 September 2009

INILAH AKU!!!




Siapa diriku,
Yang menagih cinta mu,
Dalam diam hadir dalam hati,
Kian lama kian menebal,

Aku bukan jenis romantika,
Yang suka mengampu-ampu,
Dengan kata-kata baik puisi-puisi,
Merdu syahdu bait-bait rangkap,
Yang hanya omong kosong,
Buta merontalah yang tidak mengerti,
Jiwa yang tidak romantika ini,

Aku juga bukan jenis manis dimulut,
Andai ia melibatkan jiwa dan hati,
Setakat manis dibibir siapapun sanggup,
Tapi untuk maniskan hati itu siapa sanggup,
Sekian lama aku mencuba maniskan dalam hati,
Jiwa yang mengenali hati ini,
Telah ku rentasi pelbagai dugaan,
Akhirnya "sidia" tidak dapat menerima,
Cara zahir dan batin ini berbicara,
Biarkanlah,

Aku punya pendirian yang tetap,
Setiap kata ucapan dan coretan,
Lahir dari hati yang kudus kosong,
Tetap dengan ia,
Tapi pendirian ini boleh diubah,
Andai ada yang petah berbicara,
Walau mengambil masa,

Aku punyai impian dan harapan,
Yang telah lama ku pendamkan,
Sampai detik ini satu saja belum tertunai,
Kerna tiada siapa yang dapat ku ungkapkan,
Yang ada pun ditinggalkan,
Apa daya hati ini menghalang,
Kemunafikan kian bermaharajalela,
Jauhkanlah ia dalam hatiku,

Inilah aku,
Kenalilah jiwa dan hati ini,
Andai dirimu kehendakinnya,
Jangan hanya manis dibibir,
Mulut kata lain hati kata lain,
Tetapkan pendirianmu dalam hati,
Tetapkan yang satu,
Tutup hatimu bila bertemu yang satu itu,
Jika tidak meranalah antara duanya,

Fahamilah,
Hayatilah,
Selamilah,
Hakikat ini,

syed al-yahya
30 Ogos 2009

15 September 2009

Sempoi...

saje-saje....budok-budok ni boring ble-ble tunggu lecture mari, so bergambarlah..haha

13 September 2009

Teman Seperjuangan...

Teman-teman seperjuangan ketika di alam persekolahan.




ni beberapa orang teman seperjuangan di zaman persekolahan. Ramai lagi, ni jer yang sempat diuploadkan. Segala salah dan silap semasa kita bersama harap dimaafkan. Insyaallah, ukhwah kita selamanya..

12 September 2009

Ikatan Teman Seperjuangan....

Assalamualaikum Wrt.Wbt.

Alhamdulillah, Kem Bina Modal Insan 2009 yang diadakan baru-baru ini berjaya dilaksanakan oleh Ikatan Teman Seperjuangan(ITS) yang merupakan salah satu gerakan lepasan pelajar Maahad Pengajian Islam bermula dari tahun 2008. Setakat ini pihak ITS telah berjaya menganjurkan 2 program untuk pimpinan-pimpinan pelajar Maahad Pengajian Islam. Program yang dianjurkan pada pertengahan bulan 12 tahun lepas dinamakan Kem Memperkasakan Kepimpinan(KMK) dan pada pertengahan bulan 7 baru-baru ini dinamakan Kem Bina Modal Insan(KBMI). Insyaallah, jika tiada aral melintang pihak ITS akan menganjurkan program yang ketiga iaitu pada bulan 12 nanti, insyaallah. semoga niat murni kami diberkati Allah.

Pihak ITS telah merancang beberapa program untuk dilaksanakan, insyaallah jika tiada aral melintang yang melanda, berjalanlah program tersebut. Buat masa sekarang, pihak ITS sedang mencari dana bagi memudakan segala urusan yang akan dilaksanakan.

Disini ana sertakan video KBMI09..

video

09 September 2009

Mengapa?....

Mengapa begini,
Harus ku terima,
Segala derita kepayahan,
Menyusur segenap jiwa,

Ku menunggu setiap detik,
Mungkin kan dapat segala diimpi,
Rupanya sekadar mainan mimpi,
Yang tak akan kesampaian,

Mengapa hanya aku,
Yang menerima segalanya,
Penderitaan yang datang silih berganti,
Tak dapat ku elak walau sekecil,

Ku rela menanggung segala derita,
Yang kau beri selama ini,
Mungkin inilah ujian untuk aku,
Ku redha atas segalanya,

nukilan,
syed al-yahya
31 ogos 2009

08 September 2009

SEBAT!!!

Dalam negara kita gempar dengan isu sebat, perkara ini timbul kerana kartika yang mengaku telah minum arak dan diminta untuk melaksanakan hukum-hukum islam keatsnya. oleh itu mahkamah syariah memerintahkan penjara kajang untuk menyebat kartika sebanyak 6 sebatan. yang malangnya, penjara kajang tidak ada tukang sebat cara islam. Sebat mengikut hukum islam bukannya seperti sebat yang selalu kita tengok yang dilaksanakan keats pesalah-pesalah di malaysia. berikut merupakan perbezaan antara sebat cara islam dan cara sivil :-

SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

Sumber: http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=12665#297499

begitulah betapa Allah kasih terhadap hambanya yang melakukan kesilapan. sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba yang melakukan kesilapan, baik yang seringan-ringan kaps mahupun seberat-berat gunung-ganang. sebat cara islam hanyalah untuk memberi kesedaran dan keinsafan terhadap manusia agar tidak mengulangi kesilapannya. Jadi amatlah wajar di Malaysia ini, pihak-pihak yang berwajib memberi pendedahan yang seluas-luasnya tentang hukum Allah ini. Ilmu tentang hukum Allah ini wajar diberi perhatian yang sewajarnya. Pihak yang berwajib perlu memberi pengetahuan kepada masyarakat, agar dihayati sedalam-dalamnya bukan ditentang sehebat-hebatnya. Kalau betullah kita umat islam yang sayangkan islam, marilah sama-sama kita menghayati hukum-hukum Allah yang terkandung didalam kitab suci Al-Quran dan mengamalkannya.insyaallah.

gambar dibawah ini menunjukkan cara sebatan yang dilakukan di indonesia....

sebat keatas lelaki

sebat keatas wanita


Ini pula sebat secara sivil yang diamalkan oleh Malaysia.



Begitulah kesan sebat mengikut undang-undang sivil. Islam tidak menyiksa umatnya yang melakukan kesilapan dengan sebegini rupa. Sebat cara islam hanyalah untuk memberi pengajaran kepada ummatnya.

Ketika zaman nabi, sebat dilakukan sebanya 40x terhadap yang meminum arak dengan menggunakan pelepah tamar. Tidak kita dengar nabi Muhammad memukul sehingga mencederakan.

Itulah kelebihan hukum-hukum islam. Ingatlah bahawa hukum-hukum islam adalah yang terbaik untuk memberi pengajaran kepada ummat manusia.Wallahua'lam.

kesalahan dan kesilapan harap ditegur.

Syed Ahmad Fitri Al-Yahya.
http://teratakalyahya.blogspot.com

04 September 2009

Tak Terjangkau...

Mungkin tak terjangkau dengan kaki melangkah dan mungkin juga tak terucap dengan kata-kata nan indah.
Mata kadang-kadang bertentangan dan berjauhan sehingga menautkan satu rasa,,
Rasa yang amat sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata, pergerakan dan tulisan.....

Mungkin satu hari nanti, akan ketemu jawabannya....

nukilan hati:
syed al-yahya(teratakabadi_alyahya)

03 September 2009

Huruf B

Bahasa / dialek kelantan yang bermula dengan huruf B...salah dan silap harap diperbetulkan...sedang mencari dan mengumpul dialek-dialek kelantan..siapa-siapa yang sudi bolehlah berkongsi...



Babil - Degil

Bahaso - Bahasa

Bakpo - Kenapa

Bang/Bea - Azan

Baso - Tak Nak

Bbadi - Bertanding

Bbaling - Kipas Syiling

Bbedil - Mercun

Bbidah - Lastik

Bbkiro - Berkira

Beci - Benci

Bedil - Tembak

Beghembah - Bergaduh/Bergusti

Begochoh - Bergaduh

Begomo - Bergaduh

Bekecek - Bercakap

Bekeng - Garang

Bekkekoh - Bergaduh

Bekwoh - Kenduri

Belah - Macam Tu

Belengas - Melekit

Beloh - Belah

Belung - Belum

Bengong - Bangang

Bereh - Beres

Beso - Pernah

Bewok - Biawak

Bezzo - Berbeza

Blago - Berlanggar

Blana - Banyak

Bo Lah - Cukup La

Bobok - Mengarut

Bokk - Buku

Bollah - Cuai

Bonyah - Buncit

Boyo - Buaya

Brehi - Minat

Breng - Hangin/Tunjuk Hebat

Bubuh - Masukkan

Bukey - Bukan

Buko - Buka

Buleh - Boleh

Buwi - Bagi

02 September 2009

Perjalanan Ku...

Hatiku seringkali ditakuti,
Ujian yang mendatang,
kadang-kadang ku menghela nafas,
Disetiap perjalanan itu,
Hingga ku terasa kesilapan yang kulakukan,

Dalam kegelapan itu,
Aku tidak berdaya,
Menghalang dari kesilapan itu,

Ujian Allah,
Kadang-kadang dihimpit duka,
Kadang-kadang juga di sulami tawa,
Kadang-kadang antara dua,

Seringkali kita tersilap perkiraan,
Dalam percaturan waktu,
Meniti kata-kata yang zahir,
Pertuturan dan tulisan,
Benar telajak kata tidak dapat diundur,
Bolehkah ia ditarik semula,
Andai di fahami,
Dalam arti kata,
Dari keikhlasan lubuk hati,
Andai keikhlasan yang satu dipertaruhkan,
Marilah sama-sama sedar,
Akan kekhilafan di antara kita,

Kehadiranku mungkin,
Satu anugerah dalam kebencian,
Atau kegembiraan dalam qalbu,
Adakah obor pengharapan itu,
Kan menyala andai qalbu,
Tak disentuh dengan keikhlasan itu,
Persahabatan yang suci murni,
Lahir dari qalbu yang benar-benar ikhlas,
Demi merungkai kekhilafan ini,
Jadilah sahabatku dunia akhirat,
Moga dipertimbangkan....

Nukilan sanubari:
syed al-yahya(teratakabadi_alyahya)
13 Julai 2009
09:44 pm

01 September 2009

Setiap Insan Mengerti...

Semua insan mengerti bahawa,
Cinta itu satu anugerah Allah,
Kepada setiap jiwa hambanya,
Untuk memperoleh rasa cinta itu bukannya senang,
Ia harus dipupuk dan dibajai tiap masa,
Andai jiwa insan itu mendapat cinta ilahi,
Ia kan kekal disanubari,
Jika cinta ilahi itu dihati,
Pasti ia kan menemui cinta insani,
Andai kedua cinta ini bersama dihati,
Kan pasti ukhwah itu tetap bersemi,
Terus mendamba cinta kan menenangkan ketika diduniawi,
Kan terus kekal hingga ukhrawi,,
Kejarlah cinta ilahi,
Carilah cinta insani,
keduanya penting untuk hati dan jiwa ini,,..

Nukilan Hati,
syed al-yahya(teratakabadi_alyahya)
29 Ogos 2009
10:28 am

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ يَمَنِنَا، قَالُوْا: يَارَسُوْلَ اللهِ وَفِيْ نَجْدِنَا، قَالَ : اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ شَامِنَا اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ يَمَنِنَا، قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ وَفِيْ نَجْدِنَا فَأَظُنُّهُ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَاْلفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ ( صحيح البخاري )

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : "Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata: Ya Rasulullah, juga Najd kita..?, (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa): “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami” , mereka berkata: Ya Rasulullah, juga Najd kita..? ,( Rasulullah diam dan kembali berdoa ): “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami” , mereka berkata : Ya Rasulullah, juga Najd kami..??, beliau saw kemudian menjawab: “dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah!, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk setan!." ( Shahih Al Bukhari)

Kafaratul Majlis