24 Februari 2010

Keutamaan Menghubungkan Ukhwah...

1. Mendapatkan keredaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang menghubungkan Ukhuwah begitu juga penduduk di langit.

2. Menggembirakan para Malaikat di langit kerana mereka amat suka kepada orang yang menghubungkan Ukhuwah.

3. Dapat menambahkan pahala amalnya setelah ia meninggal kelak.

4. Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.

5. Dapat menambah dan menimbulkan keberkatan kepada rezeki.

6. Allah dapat melanjutkan usianya.

7. Menjadikan iblis dan syaitan bertambah gelisah dan sakit hati.

8. Akan disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya.

9. Dapat menggimbirakan jenazah yang berada di alam barzah.

10. Dapat mencetuskan kegembiraan pada kedua belah pihak, tiada amalan yang lebih baik melainkan menggembirakan hati orang-orang yang beriman.

04 Februari 2010

Salam Perjuangan Semua...

Semoga anda semua yang membaca blog ini dalam keadaan sihat sejahtera dengan rahmat Allah yang maha sempurna..izinkan ana untuk memohon kemaafan andai ada salah dan silap dan terkasar bahasa...

Pertama sekali bagi sesiapa yang ingin mengcopy artikel atau puisi didalam blog ini, amatlah dialu-alukan. sebarlah sebanyak manapun ilmu yang terdapat didalam blog ini. Tapi jangan lupa pada pencipta-pencipta artikel atau puisi tersebut dengan meletakkan nama pencipta-pencipta artikel atau puisi tersebut di akhir kalam tersebut...

Dengan ini saya menizinkan setiap artikel didalam blog ini untuk disebarkan...

Segala kebaikan yang lahir adalah milik Allah dan segala kekurangan dan keburukan dari diri ini...

Pandanglah kelangit,
Melihat bintang berkedip riang,
Biarkan impianmu setinggi langit,
Agar hidupmu sentiasa riang,

Terbenam matahari tiada sinar,
Menunggu bulan muncul girang,
Biarlah hidupmu sentiasa bersinar,
Pasti hatimu akan girang,

Jangan lupa pada hamba,
Insan hina pencipta puisi,
Dihiasi seribu kata-kata,
Sentiasa kan ingat dihati,

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ يَمَنِنَا، قَالُوْا: يَارَسُوْلَ اللهِ وَفِيْ نَجْدِنَا، قَالَ : اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ شَامِنَا اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ يَمَنِنَا، قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ وَفِيْ نَجْدِنَا فَأَظُنُّهُ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَاْلفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ ( صحيح البخاري )

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : "Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata: Ya Rasulullah, juga Najd kita..?, (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa): “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami” , mereka berkata: Ya Rasulullah, juga Najd kita..? ,( Rasulullah diam dan kembali berdoa ): “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami” , mereka berkata : Ya Rasulullah, juga Najd kami..??, beliau saw kemudian menjawab: “dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah!, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk setan!." ( Shahih Al Bukhari)

Kafaratul Majlis