29 Ogos 2010

Teratak Nasyid : Dehearty - Permata Yang Dicari

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

download disini...
Dehearty - Permata Yang Dicari.wma

28 Ogos 2010

Teratak Nasyid : Brothers - Untukmu Teman

Brothers - Untukmu Teman.mp3

Di sini kita pernah bertemu

Mencari warna seindah pelangi

Ketika kau menghulurkan tanganmu

Membawaku ke daerah yang baru

Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah

Dendangan lagu tanda ingatanku

Kepadamu teman

Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu


Kenangan bersamamu

Takkanku lupa

Walau badai datang melanda

Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan

Dan akhirnya kita dipisahkan

Mungkinkah menguji kesetiaan

Kejujuran dan kemanisan iman

Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa

Tuhan ada janji-Nya

Bertemu berpisah kita

Ada rahmat dan kasih-Nya

Andai ini ujian

Terangilah kamar kesabaran

Pergilah gelita hadirlah cahaya

Teratak Nasyid : Brothers - Selamat Berjuang



Brothers - Selamat Berjuang.mp3

Album : Teman Sejati
Munsyid : Brothers

Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan

Bersama teman - teman
Arungi kehidupan
Oh indahnya o ooo

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
O ooo

Slamat berjuang sahabatku
Semoga Alloh berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Slamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Alloh berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita

O o ohooo ho o ohooo

Teratak Nasyid : Brothers - Satu Perjuangan



Brothers - Satu Perjuangan.mp3

Syukur pada yang Esa
Rahmat Pemberian-Nya
Persaudaraan, keharmonian

Jalinkan kasih sayang
Hulurkan bantuan
Kepada yang memerlukannya

Mari kita bina satu ummah maju jaya
Mula diri, keluarga, sahabat
masyarakat dan negara

Dengan satu perjuangan
Satu arah tujuan
Di bawah rahmat Yang Esa
Kita melangkah seiringan
Satu perjuangan

Rintangan pasti melanda
Jangan undur walau selangkah
Teruskan perjuangan
Hingga ke akhirnya
Andai kau gugur
Andai kau syahid
Kau diredhai-Nya

Teratak Bicara : Baca Tau...

Pada masa dahulu ada seorang jejaka

yang
selalu menghabiskan masanya di
perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka
membaca novel & buku cerita
sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah
novel yang ada tertulis nama
& alamat seorang gadis di salah satu muka
suratnya. Tertulis disitu
"Catrina...kesepian & perlukan sahabat".
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada
si gadis. Setelah pulang
ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk
memberitahu niat ingin berkawan
dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si
jejaka mendapat balasan
daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk
berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan.
Persahabatan mula bertukar
kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-
masing masih belum bertemu. Si
jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu
juga dengan si gadis.
Walaupun kedua-keduanya masih belum
melihat rupa masing-masing, tapi perasaan
sayang tetap berbuku di hati.
Sehingga suatu hari, si jejaka d ipanggil oleh bala
tentera untuk pergi ke
medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana
dia takut sekiranya dia
tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis.
Maka diutuskannya surat
berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan
kamu masih sayang
padaku,kita berjumpalah di stesen keretapi di
bandar kamu pada hari perang
diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai
pakaian tenteraku dan membawa
sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan
mengenali kamu sekiranya kamu juga
memegang bunga mawar merah. Setelah itu
izikanlah aku membawa mu makan
malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah
mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka
pergi ke stesen
keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil
memegang
bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi
seorang gadis yang
lalu sekiranya dia turut memegang bunga.
Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis
yang agak berisi dan duduk di
kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya
kudung dan tangannya cacat
sebelah... sebelah lagi tangannya memegang
sekuntum bunga mawar berwarna
merah... Si jejaka agak terkejut tetapi dia
memberanikan diri menghampiri
si gadis.
"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan
tersenyum. Si jejaka
terus menghulurkan bunga mawar kepada si
gadis dan berkata "aku amat
merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan
ku
untuk makan malam. Orang
tuaku tidak sabar untuk bertemu
denganmu.." sambil kemudian mencium
tangannya. Si gadis itu
terus bersuara.."aku tidak tahu apa yang terjadi.
Tapi ada
seorang gadis cantik memberikan bunga ini
kepadaku sebentar
tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa
di sedang menunggu kamu di
restoran dekat stesen ini sekiranya kamu
mempelawaku makan malam dan
bertemu orang tuamu....."
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka
ini? Dia melihat kepada
hati dan bukan kepada rupa.. dia telah
mengotakan janji nya dan tetap
berpegang kepada perasaan sayang walaupun
pada mulanya dia menjangkakan
gadis cacat itu adalah Catrina... Sesungguhnya
semua manusia harus berfikir
seperti dia...
Please forward this email to spread love. May all
the love in the world
comes to you & your loved ones after reading this.
Adakah lagi insan seperti lelaki ini di dunia
ini???? Menerima
seadanya...dgn hati yg tulus dan ikhlas.........
fikir2kanlah...

27 Ogos 2010

Jangan Pilih Yang 6..

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Semoga kita dijauhi daripada golongan wanita sebegini... Amin

24 Ogos 2010

Teratak Lagu : Patah Hati - Sudirman

Patah hatiku

Membawa derita

Merajuklah diri

Merajuk diri

Tak tentu haluan

Patah hati ku

Membawa derita

Merajuklah diri

Merajuk diri tak tentu haluan

Ku harap janjimu

Bahagia selalu

Sayang

Rupanya patah

Rupanya patah di tengah jalan

Hendak diulang...Hendak diulang

Resah menanggung

Sayang

Kenanglah jangan

Kenanglah jangan disebut pun jangan

Hancur hatiku

Di dalam nestapa

Mengenangkan nasib

Mengenang nasib diriku malang

Maksud hatiku

Maksud hatiku

Bahagia bersama

Sayang

Apakan daya

Diriku miskin

Harta tak punya

Ingin ku petik

Bintang yang tinggi

Sayang

Tanganku hangus

Tanganku hangus disambar petir

~sudirman~

15 Ogos 2010

Pernahkan????

pernahkah bermimpi sejenak
cuba berada di tempat ku
merasakan pahit manis yg ku rasa
mungkin tiada yang mengerti

kau jua akan merasakan
bila berdepan dengan kenyataan
mungkin tidak tertahan oleh mu
tiada lagi pertimbangan

malam bulan bintang bersaksi
meluahkan cahaya keheningan malam
seandainya dirimu jujur memahami
tak kan sekali ku menjauhi

ku pendam kata sudut hati
hanya rahsia sanubari
cukuplah kata-kata diucap janji
kalau hanya bertulangkan dusta

kata hati sepi sendiri
tiada puteri sudi mengisi
hanya mimpi menjadi ilusi
bayangan mata hanya disini

pernahkah merasa ini mimpi
hanya sekadar bayangan hati

pernahkah engkau rasa
nukilan
syed alyahya @ teratakalyahya
5 Ramadhan 1431h / 15 Ogos 2010
12:30am

12 Ogos 2010

10 Soalan berkaitan Aurat Wanita....

AURAT WANITA

(1) Apakah batasan aurat bagi seseorang wanita muslimah?

Dalam Mazhab Imam Syafie yang digunapakai di Malaysia dan merata dunia aurat bagi seseorang perempuan ketika waktu biasa ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangannya sahaja berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nur ayat 31 yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan

(i) mata mereka (dari memandang yang haram)

(ii) dan memelihara anggota-anggota kelamin mereka,

(iii) dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka melainkan mana-mana bahagian yang ternampak darinya sahaja (muka dan kedua tangan sahaja),

(iv) dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan kain kelubung (kain tudung/jilbab) mereka,

(v) dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka melainkan kepada:

(i) suami mereka

(ii) atau bapa mereka

(iii) atau bapa mertua mereka

(iv) atau anak-anak mereka

(v) atau anak-anak tiri mereka

(vi) atau saudara-saudara mereka

(vii) atau anak-anak kepada saudara-saudara lelaki mereka

(viii) atau anak-anak kepada saudara-saudara perempuan mereka

(ix) atau perempuan-perempuan Islam sesama mereka

(x) atau hamba-hamba yang dimiliki mereka

(xi) atau pembantu rumah lelaki yang tidak mempunyai keinginan

(xii) atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan,

(vi) dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka (dengan tujuan) supaya diketahui orang perhiasan yang disembunyikan mereka,

(vii) dan hendaklah kamu sekalian bertaubat kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu mendapat kejayaan."

(2) Apakah aurat adik-beradik ipar dikira aurat?

Dikira aurat juga kerana ia tidak tersenarai dalam kategori di atas.
Malah dalam satu hadith riwayat al-Baihaqi dan Abu Daud diceritakan daripada Aisyah r.a. bahawa Baginda bersabda kepada Asma' binti Abu Bakar (adik Aisyah dan merupakan adik ipar kepada Baginda ketika Asma' mula-mula baligh): " Wahai Asma', sesungguhnya wanita itu apabila sudah baligh (keluar haid) maka tidak wajar lagi dia memperlihatkan dirinya (aurat) melainkan ini (muka) dan ini (kedua tapak tangan)".

(3) Bagaimana pula dengan bapa saudara, anak saudara dan anak tiri?

Ayat di atas adalah terlalu umum maka para ulama' memperincikannya supaya umat Islam terutamanya orang awam tidak terkeliru dalam hal ini:

(a) Dr. Yusuf al-Qardawi dalam kitabnya "Fatawa Mu'asoroh" (Fatwa Semasa) telah menyebut bahawa sekiranya seseorang wanita itu menjadi kesukaran dan kesulitan baginya untuk menutup aurat apabila berhadapan dengan bapa saudaranya atau anak saudaranya yang lelaki misalnya ketika membasuh pinggan mangkuk dengan terpaksa membuka aurat lengannya, atau menyusahkan untuk memakai stokin setiap masa atau bertudung setiap masa dalam rumah maka tidak menjadi halangan untuknya membuka aurat yang ringan-ringan sahaja seperti leher, rambut, lengan dan betis. Aurat yang lain tidak dibenarkan sama sekali. Itupun dengan sebab KESUKARAN dan KESULITAN.

TETAPI

Apabila bapa saudara atau anak saudara lelaki sebaya atau hampir baya dengannya maka haram dia membuka aurat walaupun aurat tersebut ringan (seperti yang disebut di atas) kerana mengelakkan FITNAH.

Begitu juga hukumnya dengan anak tiri sebagaimana yang disebut oleh Imam al-Qurtubi dan lain-lain ulamak Islam. Iaitu apabila wanita berkahwin dengan seorang lelaki yang sudah mempunyai anak lelaki yang sebaya atau hampir sebaya dengan wanita tersebut maka hukumnya haram membuka aurat untuk mengelakkan FITNAH.

Dalam masalah yang sama wajib bagi wanita menutup aurat apabila bapa saudaranya datang bertamu dengan membawa anak-anaknya yang sudah baligh kerana anak-anaknya itu dikira sepupu yang sudah menjadi AJNABI (orang asing) dengan wanita tersebut.

(4) Bagaimana pula aurat perempuan yang sudah tua (tak kisah tentang hidupnya) yang sudah hilang malu depan orang lain untuk menguruskan dirinya?

Anda boleh merujuk kepada Surah al-Nur ayat 60 yang bermaksud:

"Dan perempuan-perempuan tua yang sudah putus haid dan tidak mengharapkan untuk berkahwin lagi (tiada nafsu kahwin) tiadalah mereka berdosa membuka pakaiannya dengan tidak berhias namun memelihara kehormatan adalah lebih baik baginya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Imam Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya "Fatawa al-Nisa'" memperincikan bahawa ayat tersebut merupakan (rukhsah) keringanan kepada perempuan-perempuan tua yang berpangkat nenek yang sudah tidak kisah tentang hidupnya dan tidak ada nafsu untuk bernikah maka bolehlah mereka tidak menutup aurat seperti biasa. Dia diberi keringanan untuk tidak memakai jilbab dan menutup aurat. Begitu juga hukumnya dengan lelaki yang sudah tua.

(5) Apakah batasan aurat perempuan muslimah di hadapan perempuan kafir?

Mengikut Jumhur Ulama' (Ulama' dalam Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie) seperti yang dinukilkan dalam kitab al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu Jld 1 batasan aurat perempuan muslimah di hadapan wanita kafir ialah seluruh tubuhnya kecuali yang terdedah ketika melakukan pekerjaan harian.

(6) Apakah suara perempuan itu aurat?

Suara perempuan menurut pendapat Jumhur Ulama' (ramai ulama') tidak dikira sebagai aurat kerana para sahabat mendengar suara isteri- isteri Nabi Muhammad s.a.w untuk mempelajari hukum-hukum agama.Tetapi diharamkan mendengar suaranya yang berbentuk lagu dan irama sekalipun bacaan al-Quran kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.
Hal ini boleh dirujuk dalam Kitab al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu Jilid 1.

Oleh itu boleh dibuat kesimpulan bahawa:

(i) suara perempuan menjadi aurat apabila ianya dilagukan samada dengan nyanyian atau sekalipun bacaan al-Quran di hadapan lelaki yang ajnabi.

(ii) Suara perempuan menjadi aurat apabila ianya bernada menggoda dan terlalu lemah lembut (sehingga mencairkan hati lelaki) berdasarkan firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud:

"Wahai isteri-isteri Nabi, kalian bukanlah sama dengan wanita-wanita yang lain, jika kalian bertaqwa kepada Allah. Maka janganlah kalian terlalu lemah lembut (mengucapkan) perkataan, nanti orang-orang (lelaki) yang ada di dalam hati mereka penyakit (orang munafik) akan menaruh keinginan kepada kalian dan katakanlah perkataan yang baik (dalam keadaan biasa)."

(7) Bagaimana pula dengan hukum berhias dan bersolek dan apakah yang dikatakan "Tabarruj Jahiliyyah"?

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud:

"Dan (wahai isteri-isteri Nabi) tinggallah kamu dalam rumah-rumah kamu dan janganlah kamu mendedahkan diri berhias dengan perhiasan jahiliyyah dahulu..".

Imam Abul A'la al-Maududi dalam mentafsirkan perhiasan jahiliyyah dalam ayat tersebut telah memperincikannya iaitu, perhiasan ala jahiliyyah ialah:

(i) Mendedahkan kepada lelaki ajnabi kecantikan mukanya dan daya tarikan tubuh badannya:

(a) termasuklah dengan solekan/make-up yang berlebihan sehingga menjadi fitnah kepada kaum lelaki, mencukur bulu kening, mewarnakan rambut dengan pewarna untuk dipertontonkan kepada orang ramai bukan untuk suaminya, memakai rambut palsu, mewarnakan kuku dan yang seumpama dengannya.

(b) termasuklah memakai pakaian yang ketat, belah sana-sini, seksi dan terlalu nipis.

(ii) Mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya serta haruman yang dipakainya.

(a) termasuklah memakai pakaian yang "agak mengancam" sememangnya untuk menarik perhatian terutamanya kaum lelaki.

(b) termasuklah menunjukkan perhiasannya (dengan niat yang tidak baik) seperti memakai loceng kaki kerana dalam sepotong ayat al-Quran dinyatakan: "Dan janganlah mereka (sengaja) menghentak-hentakkan kaki-kaki mereka supaya diketahui apa yang mereka selindungkan daripada perhiasan mereka".

(c) termasuklah memakai minyak-minyak wangi yang harum juga dilarang keras kepada wanita kerana ia merupakan faktor yang boleh menarik perhatian lelaki yang ajnabi. Malah Baginda Rasulullah pernah membandingkan wanita yang memakai minyak wangi yang harum di luar rumah sama seperti para pelacur sebagaimana hadithnya: "Sesungguhnya wanita itu apabila ia memakai minyak wangi yang harum kemudian melalui depan orang ramai supaya mereka menghidu keharumannya itu maka wanita tersebut adalah pelacur".

(iii) Lenggang-lenggok semasa berjalan.

Islam tidak melarang itu semua sekiranya ianya dilakukan di hadapan suaminya dalam rumahnya sahaja.

(8) Apakah faktor mendedahkan aurat juga adalah penyebab kaum wanita ramai mendiami neraka?

Salah satu faktornya ialah pendedahan aurat. Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. menyebut:

"Wahai perempuan-perempuan, bersedeqahlah kamu kerana sesungguhnya aku telah melihat kebanyakan ahli neraka adalah golongan kamu semua (semasa peristiwa Isra' dan Mi'raj)."

Malah wanita juga merupakan senjata kepada syaitan dalam melemahkan kekuatan iman umat ini berdasarkan hadith Nabi riwayat al-Tarmizi iaitu:

"Sesungguhnya wanita itu adalah aurat (sesuatu yang perlu dipelihara dan dijaga dengan baik) keseluruhannya. Apabila ia keluar (daripada tempat kediamannya) maka para syaitan akan memuliakannya (mengiringinya dan mempergunakannya untuk menyesat manusia lain)."

(9) Apa pandangan Islam mengenai wanita yang memakai pakaian tetapi masih juga mendedahkan aurat?

Islam mengkategorikan wanita yang memakai pakaian tetapi masih belum sempurna menutup auratnya sebagai wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang. Ini jelas daripada hadith Nabi riwayat Muslim iaitu: "(Ahli neraka antaranya terdiri daripada) wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang".

(10) Mengapa masih ramai wanita muslimah yang mendedahkan aurat?

(i) Kelemahan iman dalam menerima dan menghayati ajaran Islam sepenuhnya.

(ii) Jahil terhadap suruhan dan larangan agama.

(iii) Kedegilan dan keras kepala dalam mematuhi ajaran agama.

(iv) Permainan media yang mempamerkan fesyen yang haram.

(v) Perangai suka meniru yang tidak baik terutamanya daripada Barat.

vi) Kelemahan kerajaan yang ada dalam melaksanakan tuntutan Islam.

11 Ogos 2010

Tersedu Di Kaki Sahur...

Hasil karya : anjang_dahar

Sabtu
22 Oktober 2005
7:30 pagi

“Ah! Tension betul aku hari ini.. sudahlah pagi tadi aku tidak sempat hendak bersahur.. nak harapkan kawan sebilik yang ada ini pun..memang tidak boleh diharap, macam tidak bermakna sahaja aku mempunyai kawan sebilik seperti dia orang ini..pagi ini pula aku ada exam nahu..seorang pun tidak terasa hendak kejutkan aku”, getus hati Afiq . Marah benar dia dengan sikap teman-teman sebiliknya.

Dicapainya tuala mandi, lalu bergegas ke bilik air. Takut lambat ke dewan peperiksaan. Afiq selalu saja tertinggal solat subuh. Selalu sahaja sembahyang subuhnya itu pada pukul 8 pagi.

Puasa kali ini tidak berseri langsung bagi Afiq, dirasakan hanya memenatkan dirinya sahaja dengan kehadiran bulan Ramadhan kali ini..Sudahlah “time” orang nak periksa..Tambahan pula,dia tidak dapat merokok di siang hari, runsing betul perasaannya bila dia tidak dapat untuk merokok seharian. Malamnya pula, langsung dia tidak teringin untuk bersolat terawikh walaupun bersendirian. Apatah lagi kalau nak pergi berjemaah di masjid, hendak menjejak kaki ke masjid pun dia jarang. Samalah seperti bulan-bulan lain sebelum Ramadhan menjelang.

Kekadang itu, solat jumaat pun ada yang tertinggal olehnya. Harap sahaja mengaji di UIA, Universiti Islam Antarabangsa.. tapi perangainya, masya-Allah.. lebih daripada orang yang tidak belajar agama.. main gitar sampai tidak tahu hendak menghormati waktu solat, mengganggu kawan-kawan hendak studi di bilik sudah menjadi perkara biasa bagi dirinya. Walaupun Afiq selalu dimaki oleh fellow yang sudah menjadi kebiasaan di setiap semester atas kesalahan merokok dan membuat bising, namun dirinya tidak pernah mengenal erti serik dengan segala sikap buruknya itu.

Begitulah yang selalu dilakukan Afiq sehari-hari selama dia berada di kampus, perangainya masih tetap sama..tidak pernah berubah daripada dahulu sampailah sekarang. Kawan-kawan yang menasihatkan dirinya "ibarat menuang air di atas daun keladi”.. tidak pernah diendahkan akan segala nasihat kawan-kawan yang sampai ke cuping telinganya itu.

“Shidi, esok kau kejutkan aku pukul 3:30 pagi.. jangan tak kejutkan aku pula, ingat kau seorang saja hendak bersahur?”, kata Afiq sebelum dia melangkah keluar dari biliknya.

“Insya-Allah,Afiq..pagi esok aku akan kejutkan kau, jangan kau pula yang tak bangun”, ujar Shidi yang faham kerenah Afiq.

Sikap buruk Afiq itulah membuatkan sahabat-sahabatnya kurang untuk merapati dan bergaul dengannya. Cuma Shidi yang masih sudi melayani kerenahnya. Mereka sudah lama berkawan sejak di bangku sekolah lagi. Lagi pula, Afiq, Shidi dan Nizar memang tinggal sekampung. Shidi memang sudah biasa dengan kerenah dan sikap Afiq.

Walaupun dia tahu, Afiq sangat susah dididik dan dinasihati, tapi dianggapnya sebagai satu cabaran untuk melatihnya menjadi seorang da'ie.Shidi sentiasa membaca untuk menambahkan ilmunya yang masih kurang dirasakan.Boleh dikatakan setiap malam, Shidi akan menghabiskan satu bab dari buku "7 Formula Individu Cemerlang" karangan Dr. Danial Zainal Abidin selepas mengulangkaji pelajarannya.

Memilih kawan adalah amanah untuknya. Kawan juga cermin dalam hidup. Penasihat dikala terleka.Mengikut Imam Tirmizi, Rasulullah S.A.W. ada bersabda yang bermaksud, "Manusia mengikut agama kawannya. Maka perhatikan orang yang hendak menjadi kawan kamu".

Namun bagi Shidi, dia akan sentiasa tabah dengan kerenah Afiq, teman baiknya itu. Dianggapnya, segala masalah dan cabaran yang datang daripada kawan baiknya akan membantu mendidik hatinya agar sentiasa menjaga amanah itu dalam perjalanannya menuju redha Tuhannya.

Life as a journey
The most of life
The more of risks
By knowing self
By knowing others...

Who are you...
Without others!
Who are we...
Without relationship!

Gazing my life opportunity
I don’t see nothing
Until...
Everywhere I think a life
Everytime I think of you
Together forever......

* * * * * * * * * *

Ahad
23 Oktober 2005
3: 45 pagi

Udara di kampus UIA pada pagi ini agak menyejukkan. Kesejukkannya dapat dirasakan hingga sampai ke tulang sumsum. Mungkin disebabkan semalam hujan turun agak lebat.

Di Blok A 1.6 Kolej Siddiq.Afiq yang masih dibuai mimpi indah tiba-tiba terganggu apabila ada suara yang memanggil-manggil namanya, jelas suara itu kedengaran menusuk melalui rongga telinganya.

“Afiq bangun, bangun bersahur…cepatlah bangun..nanti aku simbah dengan air, tak pasal-pasal saja kau mandi atas katil pagi-pagi buta ni..semalam kan suruh aku kejutkan kau pukul 3:30 pagi..hai, sekarang dah dekat ke pukul 4 ni.. nanti habis pula lauk di kantin tu…”, sambil tangan Shidi menggoyang-goyangkan badan sahabatnya itu. Afiq sememangnya agak liat untuk bangun bersahur. Kalau Shidi tak kejutkan , sudah tentu tak bersahurlah dia hari tu.

“Yalah..Yalah.. Aku bangunlah ni..”, jawab Afiq dah tak mampu mendengar leteran Shidi yang sudah mengganggu mimpi-mimpi indahnya. Namun, matanya masih terpejam.Aaah..!sambung balik tidur ni kan lagi seronok, getus hati Afiq sambil menarik selimutnya kembali.

"Hoi! Tak bangun lagi mamat seekor ni.. tadi kata dah nak bangun.. tengok tu.. masih berselimut lagi.. nanti aku simbah air betul-betul, kau marah pula..”, Shidi sudah bengang dengan kerenah si Afiq.. panas juga hatinya pagi ni..penat dia kejutkan Afiq tadi..rupa-rupanya sahabatnya tu tarik selimut semula..memang susah betul nak mengejutkan si Afiq seorang ni.

“Kau sajalah pergi beli...beli saja sebungkus nasi goreng untuk aku, aku dah tak larat hendak bangunlah Shidi.. nanti kau sampai saja kat bilik, kau kejutlah semula aku ya”, selamba saja Afiq menyuruh sahabatnya itu. Malas betul si Afiq seorang ni.

“Afiq..Afiq..Nasib baik aku ni kawan sebilik dengan kau..tapi lain kali kau kena beli sendiri lah ya..”, berkumat-kamit mulut Shidi semasa keluar dari bilik temannya sambil menggeleng-geleng kepala. Entah apa lagi yang dileterkan oleh Shidi..Pening juga dia memikirkan kerenah temannya itu. Dia kemudian mengajak Nizar dan Haris bersama-sama pergi ke kantin.

15 minit kemudian..

“Hah Afiq.. aku sudah beli nasi goreng untuk kau ni.. kalau kau tak bangun, aku saja yang makan kesemuanya..perut aku pun tengah lapar ni..”, terdengar suara Shidi apabila dia sampai saja di muka pintu bilik mereka. Shidi berleter lagi mungkin kerana masih tak berpuas hati dengan perangai teman sebiliknya. Begitulah kerenah temannya setiap pagi.

“Yalah..Yalah.. Aku bangunlah ni..”, sambil menenyeh-nenyehkan matanya, dia terus ke bilik air untuk membasuh muka.

Sambil mengunyah makanan, tiada seorang pun di antara mereka mampu bersuara sehingga boleh mendengar suara semilir angin barat yang bertiup masuk melalui tingkap bilik yang terbuka. Masing-masing melayan perasaan semasa menjamah makanan di hadapan mereka.

Selepas sahaja bersahur, Afiq terus ke biliknya untuk menyambung kembali mimpinya yang terganggu tadi. Entah dapat entah tidak. Semalam dia tidur agak lewat selepas menonton filem “Saloon” daripada vcd cetak rompak yang dibelinya semalam .

Manakala, Shidi pula bersiap-siap untuk ke masjid seperti biasa, dia sudah berazam untuk menghabiskan 30 juzuk pada minggu ini. Sementara menunggu azan subuh berkumandang, dia cuba menghabiskan 1 juzuk al-Qur’an. Nizar dan Haris sibuk mentelaah pelajaran disebabkan mereka berdua akan menempuhi peperikasaan akhir semester bermula pada awal pagi ini.

“Hai..tak elok tu Afiq... selepas makan ni tak sepatutnya kau tidur.. boleh mendatangkan banyak penyakit..salah satunya akan menjadikan diri kau tu malas..lebih baik kau ikut saja Shidi ke masjid..atau kau baca Qur’an saja sementara menunggu Subuh ni..itu lebih berfaedah daripada kau tidur saja..”, tegur Haris bila melihatkan kawan sebiliknya itu hendak menyambung semula tidurnya.

“Aah! Apa yang kau membebel pagi-pagi ini Aris, ikut suka hati aku la sama ada aku nak tidur atau nak buat apa.. kau tu peduli apa..buat hal sendiri la beb!..lebih elok kalau kau baca saja madah kau tu.. nanti kalau aku bangun, kau kata aku kacau kau pula..bukankah kau nak exam hari ini?”, kata Afiq meluat mendengar lagi leteran teman-teman sebiliknya itu.

“Hai Afiq...Afiq.. orang menasihatkan kau tu,tak berterima kasih langsung.. sepatutnya kau bersyukur sebab ada orang ambil berat tentang diri kau di bilik ini..”, ujar Nizar marah mendengar kata-kata Afiq tadi.Afiq buat-buat tak mendengar apa yang dinasihatkan kepadanya dan dia terus menyambung semula tidurnya. Lantak kau orang la, aku tak ada "exam" hari ini..peduli apa aku, getus hati kecilnya menahan geram.

* * * * * * * * * *

Isnin
24 Oktober 2005
11: 00 malam

“Eh Shidi, apa hal kau malam ni? Aku tengok kau termenung saja sejak dari tadi... macam tak ceria saja muka kau tu.. ada masalah ke?”, sapa Nizar mengejutkan Shidi .Dilihat temannya itu termenung sendirian sedari tadi di jendela kamarnya sambil memandang pemandangan malam yang semakin berbalam. Melihat suasana bukit di belakang bilik mereka. Sememangnya bilik mereka betul-betul menghala ke arah bukit kecil itu.

“Erm.. Tak ada apa-apalah Nizar.. aku biasa saja malam ni..”, ujar Shidi sepintas, menyembunyikan perasaannya.Entah mengapa malam itu dia teringatkan arwah ayahnya.

“Kau jangan nak tipu aku lah, Shidi. Aku bukan tak kenal perangai kau tu.. kalau ada masalah saja selalu kau bersendirian..dah lama kita ni berkawan Shidi..sejak dari bangku sekolah lagi aku kenal dengan kau, lagipun di matrik kan kita pernah duduk sebilik.. Kenapa ni? Kalau kau ada masalah tu beritahulah pada aku.. mungkin aku ni tak pandai nak menasihatkan orang.. tapi sekurang-kurangnya aku nak kau tahu, masih ada orang yang sudi mendengar luahan hati kau tu”, tambah Nizar lagi seakan ingin berkongsi.

“Terima kasih Nizar..Tak ada apalah, tadi cuma memikirkan nasib aku saja selepas mati, tak tahu lagi sama ada aku dapat hidup selepas aku terlena malam ini, dosa sudah banyak aku lakukan, amalan aku hanya sejemput sahaja kurasakan.Aku rasa seperti nak saja solat sepanjang malam ni, tapi tak ikut sunnah pula.Ermmm...mungkin Allah akan mengambil nyawa aku malam ni, siapa tahu kan..”, ujar Shidi sambil tersenyum.

“Ish kau ni.. bercakap tu biar la berhati-hati sikit, menakutkan aku sajalah kau ni, Shidi..”, kata Nizar memasamkan mukanya. Takut benar dia bila mendengar perkataan mati. Naik bulu romanya.

“Eh, betul apa? Bukankah kita tidak tahu bila kita akan meninggal dunia.. Entah esok, entahkan lusa..Kematian tidak pasti bila ianya akan datang menjemput kita.. Yang pastinya, ianya tetap akan menjelma bila sudah tiba masanya.. Jadi, kita kena beringat dan bersedia untuknya.. Bak kata hukamak : Orang yang bijak itu bukanlah mereka yang memiliki Phd di tangan tetapi orang yang bijak itu adalah mereka yang selalu memikirkan hal kematian”, jelas Shidi sambil matanya memandang ke arah kawan baiknya itu.

“Yalah tu Shidi, tapi kau jangan termenung terlalu lama sangat..fikir tu, fikir juga...hai Shidi, kata-kata kau tadi tu sudah membuatkan aku serba salah saja nak tidur.. apapun aku doakan agar Allah masih memberi peluang untuk aku terus hidup di dunia ni, janganlah Dia ambil nyawa aku ini selagi amal ibadah aku yang kurang ini dapat aku tampung semula..yang penting, jangan diambil nyawa aku selagi aku tak kahwin..”, katanya sambil berseloroh walau di dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu, betapa takutnya dia mendengar hal kematian.

“Biarkanlah dia Nizar... dia tu kan banyak beramal, banyak baca Qur’an setiap hari..orang yang banyak amalan ni mestilah tidak takut mati... yang penting, dia dah tak ganggu aku tidur lagi selepas ni..”, sampuk Afiq dari biliknya. Selalu sahaja dia akan cuba menyakiti hati Shidi.Tidak tahu sama ada dia hendak bergurau atau sebaliknya.

“Astaghfirullahal ‘azim.. bawa mengucap sikit Afiq, kau tu bercakap seperti orang yang tak mengaji agama saja lagaknya..nama saja ambil jurusan Bahasa Arab di UIA..tapi perangai tidak ubah seperti orang yang tak mengaji agama..baik lagi dia orang dari kau ni”, marah Haris bila mendengar teman sebiliknya itu berkata sedemikian.

“Yalah..Yalah.. kamu bertiga ni semuanya baik-baik belaka.. aku ni saja yang teruk..”, Afiq terus tidur. Tidak terdaya lagi hendak mendengar leteran kawan-kawan sebiliknya itu.

Shidi menggeleng-gelengkan kepala melihat sikap kawannya yang seorang ini. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya , terus sahaja dia ke bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk.Usai saja dia berwuduk, dia pun ke biliknya mengemaskan katil sambil mengapai Al-Qur’an kecil yang masih dijaga dengan rapi di atas mejanya. Al-Qur'an itu telah dihadiahkan oleh arwah ayahnya semasa hari lahirnya dua tahun yang lepas. Hadiah yang dibeli semasa ayahnya pergi mengerjakan haji di tanah suci Kota Mekah pada tahun tersebut.

Apabila selesai sunat taubat, dia akan memulakan bacaan dari surah al-Fatihah, dihadiahkannya buat arwah ayahnya tersayang. Seorang ayah yang banyak mengajarnya erti kesabaran. Banyak memberi dorongan dalam hidupnya. Namun ayahnya pergi meninggalkan dirinya sebelum sempat dia membalas jasa yang telah dicurahkan kepadanya selama ini.Tuhan lebih sayangkan diri ayahnya. Shidi redha dengan pemergian ayahnya itu. Moga kau tenang berada di sana ayah, doa Shidi. Dia tak pernah lupa mendo'akan untuk arwah ayahnya setiap kali selepas solat.

Seperti kebiasaannya, dia membaca surah al-Mulk dan al-Waqi’ah sebelum melelapkan matanya.Sebaik sahaja menyudahkan ayat terakhir dari surah al-Waqi'ah itu, Shidi menutup kembali mashaf pemberian ayahnya itu. Diletaknya kembali ditempat asal. Dia bingkas dan melipat sejadah. Ayah..moga kau tenang melihat keadaan anakmu ini yang cuba untuk menjadi anak yang soleh, itulah ungkapannya sebelum matanya terlelap.

* * * * * * * * * *

Selasa
25 Oktober 2005
5:00 pagi

“Eh, tak nak bersahur kawan kita tu, Haris?.. selalunya dia yang bangun mengejutkan kita”, tanya Haris kepada Nizar.

Nizar pun pergi menjengok ke bilik Shidi, digerak-gerakkan badan Shidi. Dirasakan sejuk dan agak kaku badan temannya itu. Nizar bagai hendak pitam saja bila merasakan tubuh Shidi sudah tak bernyawa lagi. Denyutan nadi ditubuh sahabatnya itu memang ternyata sudah tiada. Nizar terketar lemah. Tangannya menggigil. Dipanggilnya Haris dengan kuat, sehingga mengejutkan Afiq yang masih terlena di bilik sebelah. Haris meluru ke bilik Shidi. Afiq juga bingkas bangun bila mendengar suara Nizar yang menangis teresak-esak kuat sambil menahan sendu di birai katil temannya itu.

Innalillahi wa inna ilaihi roji’uun...

Suasana pilu mencengkam jiwa mereka bertiga pagi ini. Sesekali angin semilir dari barat bertiup memasuki melalui celahan jendela menambahkan lagi susana yang suram dihati mereka.

Afiq yang terpaku sejak tadi tidak mampu untuk bersuara. Sekarang yang mampu hanyalah mengeluarkan air mata. Dikesat air matanya yang tidak putus-putus mengalir dari kolam matanya itu. Lalu dipeluknya Shidi. Hatinya semakin digigit pilu. Air matanya semakin deras menuruni pipi.

“Shidi... Aku bersalah Shidi..Aku bersalah...Aku minta maaf Shidi..Maafkan aku... Ya Allah! Maafkan aku.. Ampunkan aku Shidi.. Ampunkan aku..”, Afiq meratap hiba atas pemergian kawan baiknya itu. Rasa bersalah bersarang dijiwanya.

“Kuasa Allah Afiq.. Yang lepas tu lepaslah..Doakan moga dia tenang berjumpa dengan Tuhannya.. Moga-moga dia akan memaafkan dirimu”, ujar Haris menenangkan sahabatnya.

“Kita kena telifon ke rumahnya cepat, perkara ini tak boleh kita tangguh-tangguhkan..”, tambah Haris lagi.

* * * * * * * * * * * *

5:00 petang
Alor Madi, Alor Star

Sesekali semilir angin barat meniup dedaun di sekitar tanah perkuburan. Afiq masih belum bergerak dari kuburan temannya yang masih merah basah itu. Haruman kemboja menusuk sampai ke dalam hidung. Suasana di tanah perkuburan itu pun sudah sunyi sepi dari bayang manusia. Ramai yang sudah pulang.

Namun, Afiq masih lagi di situ menahan rasa jiwanya yang bergelora. Dia masih merasakan dirinya amat berdosa kepada teman baiknya itu. Kisah lampau masih bermain-main difikirannya. Terbayang di matanya saat-saat bersama sahabat karibnya itu. Afiq begitu nakal terhadap Shidi, selalu dibuli temannya itu sejak di bangku sekolah lagi. Kekadang sampai menangis Shidi diperlakukannya. Namun, Shidi masih sudi untuk berkawan dengannya. Tenang betul orang yang bernama Shidi itu.

Shidi.. Maafkan diriku ini.. Yang telah banyak menyusahkan dirimu.. Ampunkanlah diriku..

* * * * * * * * * *

Setahun sudah berlalu.. namun hatinya masih digigit pilu dan rasa bersalah terhadap teman baiknya itu..kenangannya itu bagai semalam sahaja berlaku..

Shidi, kau pergi tanpa meninggalkan apa-apa tanda..Bukan kerana penyakit.. Tenang betul pemergianmu ini..Moga kau akan sentiasa mendapat rahmat Allah di sana..Shidi...kau maafkanlah temanmu ini..teman yang banyak melakukan kesalahan terhadapmu..ampunkan aku Shidi..Ya Allah! Maafkan segala keterlajuran dari segala sikapku yang kurang sopan terhadap dirinya..maafkan aku..

Bagaimana dapat ku lupa
Pada angin pagi yang berdesir
Kerana kau ada bersamanya
Membias diriku dengan selaut kenangan

Bagaimana akan ku lupa
Pada getaran seakan menggulir ingatan
Mengajar erti sejuta rahsia
Yang masih tersimpuh abadi dalam sukma

Bagaimana mampu aku pinggirkan
Pada sobekkan kata-katamu
Menampar derap di rongga telingaku
Yang tak pernah aku endahkan

Bagaimana untuk ku abaikan
Pada haruman kemboja di pusara
Yang disisip sela semilir angin barat
Masih terasa hingga sekarang

Bagaimana akan ku ungkapkan
Pada setiap dosa dan nodaku
Ibarat belati menghiris jiwamu
Mengharapkan kau ampunkan segalanya

Afiq munutup semula diari yang sudah ditatapinya sekian lama, sajak itu selalu diintai dan dibaca setiap malam sebelum dia tidur kerana ianya akan mengingatkan dirinya kepada teman baiknya, Shidi. Kawan yang banyak menasihatinya, dialah kawan yang membantunya mengenal dirinya yang sebenar. Shidi, adakah aku sudah terlambat untuk mengungkapkan ucapan terima kasihku kepadamu?

My Friend
You’re open and honest
Loyal and true
And when we’re together
I can be myself with you

You have a way of caring
That shows in all you do
There’s no one in this world
Who is a better friend than you.

“Hargailah bila bersahabat, sayangilah bila bersama, maafkanlah bila terluka, rinduilah bila berjauhan, fahamilah bila keliru, nasihatilah bila terleka, tegurilah bila tersilap, ingatilah bila kesunyian”

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ يَمَنِنَا، قَالُوْا: يَارَسُوْلَ اللهِ وَفِيْ نَجْدِنَا، قَالَ : اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ شَامِنَا اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ يَمَنِنَا، قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ وَفِيْ نَجْدِنَا فَأَظُنُّهُ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَاْلفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ ( صحيح البخاري )

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : "Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata: Ya Rasulullah, juga Najd kita..?, (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa): “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami” , mereka berkata: Ya Rasulullah, juga Najd kita..? ,( Rasulullah diam dan kembali berdoa ): “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami” , mereka berkata : Ya Rasulullah, juga Najd kami..??, beliau saw kemudian menjawab: “dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah!, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk setan!." ( Shahih Al Bukhari)

Kafaratul Majlis