13 Januari 2011

Teratak E-Book : Peranan Pelajar...


Dengan nama Allah yang pemurah lagi mengasihani. Segala puji tertentu
bagi Allah, dan sejahtera ke atas seluruh hambaNya yang terpilih.
Sebelum saya masuk kepada tajuk yang hendak saya sampaikan kepada
saudara-saudara, sukalah saya melahirkan perasaan gembira yang tersemat di
hati saya. Apa yang saya lihat di seluruh universiti dan pusat-pusat pengajian di
dunia Islam, bahkan di setengah-setengah dunia bukan Islam, wujudnya
kumpulan pemuda Islam yang beriman penuh dengan 'akidah Islam, menyedari
tanggungjawab mereka sebagai orang Islam dan sanggup mengorbankan
sepenuh tenaga mereka untuk menegakkan semangat Islam di pusat-pusat
pengajian tinggi tersebut.
Gejala ini patut sangatlah mendapat sanjungan, penghargaan dan
sambutan dari orang yang mempunyai perasaan tulus ikhlas kepada dunia
Islam, kerana Allah dengan kemurahanNya telah mengurniakan kepada
umatnya yang lemah ini pemuda-pemuda yang tahu akan tanggungjawab.
Mereka ini menunaikan tanggungjawab itu secara aktif dengan penuh kesedaran
di pusat-pusat pengajian tinggi dalam semua bidang pendidikan, sekalipun
sistem pendidikan di seluruh dunia Islam sekarang ini dikuasai oleh cara berfikir
dan tradisi barat.
Adapun tajuk yang ingin saya sampaikan di sini ialah: Apakah peranan
yang harus dimainkan oleh pemuda, khususnya pelajar-pelajar dalam membina
masa depan dunia Islam?

Baca selanjutnya dengan mendownload file tersebut...

download



Teratak E-Book : Apa Erti Saya Menganut Islam


Buku Apa Erti Saya Menganut Islam yang di tulis oleh Fathi Yakan...

Download

http://www.mediafire.com/?6txr7echvhvy8t1

05 Januari 2011

Teratak Bicara : Zikir

ZIKIR utama adalah yang diucap dengan hati dan lisan secara serentak. Di antara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah lebih utama daripada berzikir dengan lisan semata-mata.

Imam al-Ghazali berkata zikir itu terbahagi kepada empat kategori.

· Zikir dengan lisan saja.

· Zikir dengan hati serta lisan secara paksa.

· Zikir dengan hati yang dibantu dengan lisan tanpa paksaan.

· Menguasai zikir dalam hati dan menumpukannya.

Seterusnya Imam al-Ghazali memberikan pandangannya dengan berkata :

“Yang pertama sedikit faedahnya dan lemah kesannya iaitu apabila lisan berzikir sedangkan hati di dalam keadaan lalai.”

Firman Allah bermaksud: “Dan orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab, ayat 35)

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar dalam syurga.” (Hadis riwayat Muslim)

Hikmat lain adalah :

· Akan mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman dalam jiwa.

· Menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.

· Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.

· Dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.

· Segera mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.

· Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat.

· Memperoleh pohon tamar dalam syurga kelak, semakin banyak berzikir maka semakin banyak pohon tamar itu untuknya.

· Mendapat nur (cahaya) daripada Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.

· Dapat membina rumah dan juga istana dalam syurga. Apabila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.

· Dapat menjadi pendinding dan juga perisai daripada neraka jahanam.

· Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.

· Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.

· Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang dalam hatinya.

· Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.

· Dapat menjauhkan dirinya daripada segala jenis ketakutan dan kebimbangan.

· Dapat menghapuskan dosa kecil serta maksiat kecil .

· Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu daripada sifat munafik.

Apabila seseorang itu menyertai majlis zikir, dia sebenarnya menyertai majlis yang dihadiri oleh malaikat. Dengan berzikir juga seseorang itu akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya bermaksud: “Ingatlah kamu kepada-Ku, maka Aku akan mengingatimu.”

03 Januari 2011

Teratak Bicara : Awal Tahun Mula Praktikal...

Tahun 2011 dimulakan dengan praktikal selama 14 minggu. Darul Digital Multimedia Solution Sdn. Bhd. menjadi pilihan. Dekat dengan rumah, perjalanan salam 10 minit tu pun kalau jalana tidak jem, kalau jem makan masa dekan 20 minit jugak.

Hari ini 3 Januari 2011 menandatangani kontrak selama 3 bulan dengan Darul Digital Multimedia Solution Sdn. Bhd. dengan kerjasama dengan MDeC di bawah program ICONNapps Job Attachment Programme.

Moga segala urusan semasa bekerja di DD mendapat keberkatan dan keredhaan Allah hendaknya..

Darul Digital pusat multimedia,
Menjadi tunjang animasi negeri kelantan,
Moga terus maju berjaya,
Menjadi contoh teras kemajuan,

~teratakalyahya~

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ يَمَنِنَا، قَالُوْا: يَارَسُوْلَ اللهِ وَفِيْ نَجْدِنَا، قَالَ : اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ شَامِنَا اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ يَمَنِنَا، قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ وَفِيْ نَجْدِنَا فَأَظُنُّهُ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَاْلفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ ( صحيح البخاري )

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : "Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata: Ya Rasulullah, juga Najd kita..?, (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa): “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami” , mereka berkata: Ya Rasulullah, juga Najd kita..? ,( Rasulullah diam dan kembali berdoa ): “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami” , mereka berkata : Ya Rasulullah, juga Najd kami..??, beliau saw kemudian menjawab: “dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah!, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk setan!." ( Shahih Al Bukhari)

Kafaratul Majlis