Basikal tua, Membonceng bekas besi, Disisi setia menemani, Di tepi lorong itu,
Pertama kali ku jumpa, Seorang tua menanti sabar, Dengan riak wajah, Menarik aku padanya,
Aiskrim pulut, Sangat sedap rasanya, Itulah pertama kali, Ku rasa aiskrim sesedap itu, Tidak terungkap dengan kata-kata, Walaupun tampak tidak seindah, Aiskrim di kedai mewah, Rasanya cukup menawan kalbu,
Aiskrim pulut, Setiap kali ku nampak basikal tua itu, Akan ku singgah sekejap, Kerna saat itu aku terasa gembira, Dapat menolong seorang tua, Dan dapat merasa aiskrim pulut, Yang dapat menzahirkan rasanya itu,
Ya Allahu Ya Aziz, Aku hambamu yang lemah, Hati ini memerlukan kekuatan, Tuk menghadapi sisa-sisa hidup, Yang sukar dibatasi, Kerna kemodenan arus duniawi, Yang semakin hapus kearah ukhrawi,
Ya Allahu Ya Malik, Pohon ku di dunia ini, Kuatkan semangat hambamu yang beriman, Dalam mengatur langkah di dunia ini, Agar mereka menjadi contoh, Teladan kepada setiap insan, Yang menghampiri kelalaian terhadap mu,
Ya Allahu Ya Qahhar, Kuatkan hati setiap muslim didunia ini, Teguhkanlah iman mereka, Agar mereka terus menerus memuji mu, Izinkan mereka mendapat hidayah mu, Sebenar-benar hidayah, Penuhilah hati para muslim, Dengan limpahan hidayah mu yang agung, Agar mereka dapat memuji mu Ya Allah,
Ya Allahu Ya Hafiz, Peliharalah hati kami ini, Agar tidak dilimpahi dengan maksiat, Peliharalah hati kami dari segala noda dunia, Limpahilah hati kami dengan iman, Peliharalah kami dari kesesatan dunia, Yang dipenuhi segala mara bahaya,
Ya Allahu Ya Mujib, Kabulkanlah permintaan hamba mu ini, Agar kami semua dilimpahi nur iman mu, Pimpinlah kami kejalan yang diredhai mu, Isikan hati kami dengan kebaikan agama mu, Lembutkan lidah kami untuk memuji mu, Indahkanlah mata kami melihat ciptaan mu, Maniskan mulut kami ketika menikmati rezeki mu, Gagahkanlah kaki kami ketika berjalan untuk keredhaan mu, Merdukanlah telinga kami ketika mendengar ayat-ayat mu, Sinarilah kehidupan kami dengan nur iman mu, Bersihkan hati kami untuk menggapai redha mu, Berilah kekuatan untuk hamba mu ini, Untuk meneruskan perjuangan ini, Demi kemuliaan agama mu Ya Allah, Kabulkan Ya Muqaddim……
Nukilan dari hati yang perlukan kekuatan, teratakabadi_alyahya Isnin (13/4/09) 18:24pm…..
Aku hidup berkelana, Dalam mencari pengalaman, Membentuk diri, Membentuk peribadi, Pengalaman yang mengajar aku, Hidup ini amatlah sukar, Harus mengerti perjalanannya, Aku akan menjadi diri aku, Kerna, Aku tidak suka, Dibicarakan peribadiku, Menjadi punca masalah timbul, Aku tidak suka, Dikongkong talian perjalanan, Menyekat segala keperluan, Aku masih mengerti, Halal dan haram, Akan ku hindar segala keburukan, Aku juga akan cuba, Menyerlahkan kebaikan, Sedaya diriku, Inilah aku, Tidak pandai bermain kata, Tidak suka hipokrikkan diri, Aku tetap aku, Amat sukar orang lain mengubah, Walaupun sahabat terdekat, Kenalilah diri ini, Dekatilah hati ini, Selamilah jiwa ini, Akan kau ketahui diriku, Tidak mudah untuk mengenali, Tingkah laku sentiasa berbeda, Amat sukar tuk selami, Ia mudah tenggelam didasar lautan, Amat payah tuk dekati, Kerna diri ini lain dari biasa, Aku tetap aku, Jangan dipaksa diri ini, Aku amat sukar menerima paksaan, Bukan tidak mahu terima teguran, Tapi inilah hakikatnya aku, Jika kau tidak mengenali diri ini, Amat sukar jadinya, Untuk terus berinteraksi, Tapi, Ramai yang dah mengenali, Diri ini secara zahir dan batin, Walaupun mereka berada jauh, Mereka tetap di hati, Mereka fahami diri ini, Bertahun bersama, Dalam perjuangan yang suci, Mengenali hati bukan mudah, Mengambil masa bertahun lama, Bagi yang tidak sabar, Amatlah sukar, Aku tetap aku, Ini lah diri ku, Sebagaimana kau lihat, Dengan mata zahir, Terimalah seadanya, Jangan kau kecewa,
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah kerna memberi kesempatan kepada ana untuk mencipta satu blog. insyaallah ana akan menggunakan kesempatan ini untuk menyebarkan perkara kebaikan. ana berharap blog ini dapat meberi manfaat kepada yang melayari blog ini. Segala kebaikan dari blog ini diharap disebarkan semoga ilmu itu dapat dikembangkan lagi insyaallah. segala keburukan dari blog ini adalah hasil dari diri ana dan segala kebaikan yang wujud dari blog ini adalah datangnya dari Allah.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
"Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata: Ya Rasulullah, juga Najd kita..?, (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa): “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami” , mereka berkata: Ya Rasulullah, juga Najd kita..? ,( Rasulullah diam dan kembali berdoa ): “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami” , mereka berkata : Ya Rasulullah, juga Najd kami..??, beliau saw kemudian menjawab: “dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah!, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk setan!." ( Shahih Al Bukhari)