19 April 2009

Aku Tetap Aku

Aku hidup berkelana,
Dalam mencari pengalaman,
Membentuk diri,
Membentuk peribadi,
Pengalaman yang mengajar aku,
Hidup ini amatlah sukar,
Harus mengerti perjalanannya,
Aku akan menjadi diri aku,
Kerna,
Aku tidak suka,
Dibicarakan peribadiku,
Menjadi punca masalah timbul,
Aku tidak suka,
Dikongkong talian perjalanan,
Menyekat segala keperluan,
Aku masih mengerti,
Halal dan haram,
Akan ku hindar segala keburukan,
Aku juga akan cuba,
Menyerlahkan kebaikan,
Sedaya diriku,
Inilah aku,
Tidak pandai bermain kata,
Tidak suka hipokrikkan diri,
Aku tetap aku,
Amat sukar orang lain mengubah,
Walaupun sahabat terdekat,
Kenalilah diri ini,
Dekatilah hati ini,
Selamilah jiwa ini,
Akan kau ketahui diriku,
Tidak mudah untuk mengenali,
Tingkah laku sentiasa berbeda,
Amat sukar tuk selami,
Ia mudah tenggelam didasar lautan,
Amat payah tuk dekati,
Kerna diri ini lain dari biasa,
Aku tetap aku,
Jangan dipaksa diri ini,
Aku amat sukar menerima paksaan,
Bukan tidak mahu terima teguran,
Tapi inilah hakikatnya aku,
Jika kau tidak mengenali diri ini,
Amat sukar jadinya,
Untuk terus berinteraksi,
Tapi,
Ramai yang dah mengenali,
Diri ini secara zahir dan batin,
Walaupun mereka berada jauh,
Mereka tetap di hati,
Mereka fahami diri ini,
Bertahun bersama,
Dalam perjuangan yang suci,
Mengenali hati bukan mudah,
Mengambil masa bertahun lama,
Bagi yang tidak sabar,
Amatlah sukar,
Aku tetap aku,
Ini lah diri ku,
Sebagaimana kau lihat,
Dengan mata zahir,
Terimalah seadanya,
Jangan kau kecewa,




Nukilan Hati:
Teratakabadi_alyahya
Isnin(30/03/2009)
18:26PM

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ يَمَنِنَا، قَالُوْا: يَارَسُوْلَ اللهِ وَفِيْ نَجْدِنَا، قَالَ : اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ شَامِنَا اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ يَمَنِنَا، قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ وَفِيْ نَجْدِنَا فَأَظُنُّهُ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَاْلفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ ( صحيح البخاري )

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : "Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata: Ya Rasulullah, juga Najd kita..?, (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa): “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami” , mereka berkata: Ya Rasulullah, juga Najd kita..? ,( Rasulullah diam dan kembali berdoa ): “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami” , mereka berkata : Ya Rasulullah, juga Najd kami..??, beliau saw kemudian menjawab: “dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah!, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk setan!." ( Shahih Al Bukhari)

Kafaratul Majlis