Rindu,
Satu anugerah dari Allah,
Diberikan hanya kepada insan,
Yang punyai hati nurani,
Terhadap rindu itu,
Rindu,
Cabangnya banyak,
Untuk peroleh,
Kedamaian,
Ketenangan,
Kesejahteraan,
Kebahagiaan,
Semua itu kaitan rindu,
Rindu bukan hanya kepada satu,
Rindu itu kepada semua,
Kebaikan dunia dan akhirat,
Rindulah kepada kebenaran,
Kerna itu hanya satu,
Rindukan kejujuran,
Kerna itu sifat mulia,
Rindukan keikhlasan,
Kerna itu di hati,
Dalam kita mengenal hati,
Kebenaran, kejujuran dan keikhlasan,
Merupakan aspek terpenting,
Dalam setiap hubungan,
Andai tidak disulami ciri ini,
Tak mudah tuk kekal dihatinya,
Rindu,
Akan cahaya yang menerangi kehidupan,
Akan dinantikan penuh sabar…
Nukilan rindu…
Teratakabadi_alyahya
Jumaat(24-04-2009)
18:45pm
syed!
BalasPadamada blog jugak!~ XD