30 Ogos 2009

Merdeka!!!

MERDEKA


Merdeka

Merdeka

Merdeka

Merdeka

Merdeka

Merdeka

Merdeka

Hari ini genap 50 tahun negaraku Merdeka

Anak-anak bangsaku memekik

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Apa itu Merdeka?

Siapa yang Merdeka?

Pada malam Merdeka

Di dataran Merdeka

Anak-anak muda bersama pasangan Merdeka

Menyanyi menari mabuk hingga ke pagi

Berpeluk bercium sepuas hati

Gadis melayu tidak dara lagi

Daranya Merdeka

Pada malam Merdeka

Esok pagi pekerja bandaraya memungut kondom Merdeka

Tidak lama lahirlah cucu Merdeka

Tidak lama lahirlah bangsa Merdeka

Yang tidak Merdeka


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Merdeka apa?

Dulu anak-anak bangsaku

Bersopan santun halus budi pekerti

Ada jati diri

Hari ini genap 50 tahun negaraku Merdeka

Anak bangsaku

Perempuan baju singkat

Ketat nampak pusat

Seluar sempit tutup hanya sedikit

Lelaki pakai subang

Pakai gelang

Pakai rantai tengkuk seperti beruk

Berambut merah

Seperti bangsa panjajah


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Merdeka apa?

Dulu anak bangsaku

Kuat berpegang agama

Hormati Alim Ulama`

Hari ini genap 50 tahun negaraku merdeka

Anak bangsaku

Hidup tanpa arah panduan

Hanyut dengan hiburan

Puja artis hina Ulama`

Lebih 200 ribu orang melayu tukar agama

Hampir sejuta orang melayu dipusat serenti

Hilang sudah jati diri

Seperti bangsa penjajah


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Merdeka apa?

Dulu bangsaku berjuang

Orang melayu diberi bantuan ekonomi

Kerana banyak toleransi

Kekayaan negara mesti sama dikecapi

Hari ini genap 50 tahun negaraku merdeka

Anak bangsaku

Ada yang tak miliki walau sejengkal tanah

Ada yang kerja gaji murah

Ada yang tak mampu sewa rumah

Ada yang tak mampu hantar anak bersekolah

Walau pemimpin hidup mewah

Walau rezeki Negara berlimpah ruah

Kekayaan Negara orang lain kecapi

Bangsaku hanya menggigit jari

Kenapa kekayaan negara tidak dibahagi

Padahal bangsa penjajah sudah lama pergi

Kera di hutan di susui

Anak di pangkuan mati kelaparan

Sampai bila bangsaku begini

Di negara sendiri masih menumpang

Merdeka tidak membawa apa-apa erti

Kalau keadilan negara masih tempang

Siapa yang Merdeka?


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Merdeka apa?

Dulu bangsaku berjuang

Orang melayu masuk universiti dapat biasiswa

Dalam pelajaran bangsaku tidak tertinggal

Walau jauh di luar Bandar

Hari ini genap 50 tahun negaraku Merdeka

Anak bangsaku

Masuk universiti

Biasiswa jadi pinjaman

Keluar universiti wajib dibayar

Walau kerja belum di tawar

Miskin kaya tidak boleh di persoal

Peraturan dan undang-undang tidak mengenal

Inikah nikmat Merdeka?


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Merdeka apa?

Dulu bangsaku berjuang

Bahasa melayu mesti di martabat

Bahasa melayu mesti di beri tempat

Bahasa melayu alat perpaduan

Bahasa melayu lambang ketuanan

Hari ini genap 50 tahun negaraku Merdeka

Matematik sains dalam bahasa inggeris di ajar

Bahasa melayu kian terhakis

Yang meminggir bukan penjajah british

Pejuang bahasa sudah lama menangis

Fakir masa depan nasib anak bangsa

Fakir hilang sudah jati diri orang sebangsa

Berjuang atas nama bangsa

Yang menghancurkan bangsa

Apa erti Merdeka?


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Merdeka apa?

Dulu bangsaku berjuang

Mesti pertahan tanah rezab orang melayu

Demi masa depan anak cucu

Kontrak sosial semua setuju

Hari ini genap 50 tahun negaraku Merdeka

Tanah rezab orang melayu habis tergadai

Konon atas nama pembangunan

Apa jadi pada orang melayu pulau pinang

Tinggal di kawasan setinggan tanah berlumpur

Sedikit sangat

Tinggal di rumah berkembar

Apartmen mewah dan banglo

Pembangunan tidak ada erti

Kalau tak mampu bangsaku miliki

Siapa yang Merdeka?


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Merdeka apa?

Dulu penjajah mencipta undang-undang darurat

Konon membanteras komunis pengkhianat

Namun ramai juga

Pejuang bangsa

Pejuang agama

Dalam penjara di sumbat

Hari ini genap 50 tahun negaraku Merdeka

Penjajah sudah lama pergi

Komunis tidak bertapak lagi

Namun undang-undang lapuk penjajah di pakai lagi

Demokrasi tidak Merdeka lagi

Ada di penjara tanpa bicara

Ada di sekat bantuan kerana lantang bersuara

Ada ceramah politik di tarik permit

Padahal mereka penyubur demokrasi

Mereka mahu merdeka yang hakiki

Inikah erti merdeka!


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Apa itu merdeka?

Merdeka bukan hiburan

Merdeka bukan nyanyian

Merdeka bukan bebas melakukan maksiat

Merdeka bukan bebas membuat jahat

Merdeka bukan bebas merompak wang rakyat

Merdeka bukan bebas makan rasuah

Merdeka sebenar

Merdeka jiwa

Merdeka budaya

Merdeka fikiran

Merdeka peraturan

Merdeka undang-undang

Daripada acuan penjajah

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Apa jadi pada bangsaku 50 tahun lagi

Tika negaraku menyambut merdeka

Kali ke 100 tahun

Ada lagikah bangsaku


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Mari bangsaku kita merdeka

Di sini kita bermula

Kita pupuk semangat setia negara

Kita bina bangsa mulia

Kita lawan musuh durjana

Kita pertahan bumi merdeka

Kita buang undang-undang lapuk penjajah

Kita jadi bangsa bermaruah

Kita jadikan al-quran dan sunnah sebagai panduan

Kita jadi manusia yang kenal tuhan

Kita jadi manusia yang ada wawasan

Kita jadi benteng paertahan kerajaan Islam Kelantan

Kita merdeka dalam merdeka

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat menyambut merdeka kali ke 50



Mohd Noor Yazid

Maahad Pengajian Islam, Kota Bharu, Kelantan

16 Ogos 2007


Sajak ni ana pernah baca semasa program speaker corner anjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam selama 3 tahun berturut-turut bermula dari tahun 2004-2008. Sajak ni juga ana pernah baca dihadapan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat pada tahun 2008 dan semasa sambutan hari kemerdekaan peringkat parlimen Kubang Kerian di hadapan Yb Salahuddin Ayub pada tahun 2008. Salah dan silap harap dimaafkan. Selamat menyambut kemerdekaan yang ke52..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ يَمَنِنَا، قَالُوْا: يَارَسُوْلَ اللهِ وَفِيْ نَجْدِنَا، قَالَ : اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ شَامِنَا اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ يَمَنِنَا، قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ وَفِيْ نَجْدِنَا فَأَظُنُّهُ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَاْلفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ ( صحيح البخاري )

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : "Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata: Ya Rasulullah, juga Najd kita..?, (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa): “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami” , mereka berkata: Ya Rasulullah, juga Najd kita..? ,( Rasulullah diam dan kembali berdoa ): “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami” , mereka berkata : Ya Rasulullah, juga Najd kami..??, beliau saw kemudian menjawab: “dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah!, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk setan!." ( Shahih Al Bukhari)

Kafaratul Majlis