Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, semoga anda semua sihat sejahtera dan sentiasa berada didalam hidayah Allah taala. Dizaman dunia yang serba kemodenan ini, pelbagai kaedah wujud untuk menyembuhkan penyakit yang dihadapi. Kaedah islam juga tidak terlepas pandang oleh masyarakat kita untuk mengubati penyakit-penyakit yang dihadapi. Salah satu rawatan dalam islam ialah ruqyah syari'iyah. Ayat ruqyah yang menggunakan 100% ayat Al-Quran yang selalu digunakan untuk merawat gangguan makhluk halus.
Ruqyah Syari'iyah ini punyai kelebihan bagi pengamalnya. Kaedah ini telah dibuat oleh baginda Rasulullah saw. Kita sebagai umat baginda seharusnya menghidupkan sunnah baginda ini tanda kecintaan kita kepada baginda dan kita harus meyakini segala yang ditinggalkan oleh beliau adalah sangat berharga dan punyai banyak hikmahnya yang tersirat mahupun yang tersurat.
Menggunakan rawatan menggunakan ayat ruqyah dapat menghindar diri daripada melakukan syirik kepada Allah dalam proses merawat penyakit. Ia juga bisa menjadi benteng kepada diri dan keluarga dari gangguan jin dan syaitan. Membaca dan mendengar ruqyat akan mendapat pahala, ini kerana 100% ayat ruqyah ini bersumberkan Al-Quran.
CARA MENGGUNAKAN MP3 RUQYAH SYAR’IYAH
1) Bagi kesihatan diri dan keluarga, pasangkan mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
2) Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
4) Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan mp3 ruqyah ini 3x sebelah air tadi.Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula, mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.
6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.
Dengan ini saya sertakan link untuk anda mendownload mp3 ayat ruqyah yang saya kumpul. Moga memberi manfaat kepada semua. Insyaallah.
Download
Tiada ulasan:
Catat Ulasan