ADAKAH ANDA PENGGEMAR KANGKUNG? Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda.
Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.
Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan,
kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.
Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.
Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.
Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.
Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.
Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip didalamnya.
Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.
Best Regards,
Dr. Nor ni Abdullah, Psychiatrist, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, 42500 Klang, Selangor. Tel : +60333756279 Fax : +60333729089
Abdullah Khairul Azzam – 28 tahun- pemuda tampan dan cerdas dari sebuah desa di Jawa Tengah. Dari kecil, Azzam sudah terlihat sebagai anak yang sangat baik budi pekertinya. Atas usahanya yang gigih dia berhasil memperoleh bea siswa untuk belajar di Al Azhar Mesir selepas menamatkan Aliyah di desanya.
Baru setahun di Kairo dan menjadi mahasiswa berprestasi peraih predikat Jayyid Jiddan (Lulus dengan Sempurna), ayahnya meninggal dunia. Sebagai anak tertua Azzam mau tidak mau harus bertanggung jawab atas kehidupan keluarganya, dikarenakan adiknya masih kecil-kecil. Sementara itu, dia sendiri harus menyelesaikan studinya di Negara orang. Akhirnya dia mulai membagi waktu untuk belajar dan mencari nafkah. Ia mulai membuat tempe dan bakso yang ia pasarkan di lingkungan KBRI dia Kairo. Berkat keahlian dan keuletannya dalam memasak, Azzam menjadi populer dan dekat dengan kalangan staf KBRI di Cairo. Tapi hal itu berimbas pada kuliah Azzam, sudah 9 tahun berlalu, ia belum juga menyelesaikan kuliahnya.
Cinta....kurasa kelembutan jiwa Kurasa kelembutan belaian Bak sutera di helai mawar Di helai mawar..
Dukakah....aku menanggung rasa Atau berdosakah aku.. Mengingatimu....ohhh
Duhai nurkasih.. Sama-samalah kita harung malam Biarpun siangnya mengejar usia Kasih yang penuh bercahaya
Ya nurkasih.. Akan dewasalah kita nanti Dibawah warna-warna kecintaan Memetik embun dinihari.. Ohhh..ooo
Cinta..masih juakah rasa merindu Masih juakah engkau berduka Mengharung seluruh kalbumu Yale ya yale… Yale yalehi.. Yahaha..
Ya nuryahbi.. Asyykur illaiki alaami waa aghami Kulli layaali wil ayaam.. Kasih yang penuh bercahaya
Ya nurkasih.. Akan dewasalah kita nanti Dibawah warna-warna kecintaan Memetik embun dinihari.. Ohhh..ooo
Betapa..airmata mengalir jua Biarkan saja aku bersatu Airmata yang gugur ini
Cinta..kurasa kelembutan jiwa Kurasa kelembutan belaian Bak sutera di helai mawar Bak sutera di helai mawar Bak sutera di helai mawar Yale yale.. Yale yalehi..yaa Nurkasih..
Selamat hari raya daku ucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat yang mengenali diri ini,.andai ada salah dan silap,ku pohon seribu kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sebagai manusia kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan, moga kesilapan yang dilakukan tidak akan berulang, insyaallah..selamat hari raya, maaf zahir dan batin..
Siapa diriku, Yang menagih cinta mu, Dalam diam hadir dalam hati, Kian lama kian menebal,
Aku bukan jenis romantika, Yang suka mengampu-ampu, Dengan kata-kata baik puisi-puisi, Merdu syahdu bait-bait rangkap, Yang hanya omong kosong, Buta merontalah yang tidak mengerti, Jiwa yang tidak romantika ini,
Aku juga bukan jenis manis dimulut, Andai ia melibatkan jiwa dan hati, Setakat manis dibibir siapapun sanggup, Tapi untuk maniskan hati itu siapa sanggup, Sekian lama aku mencuba maniskan dalam hati, Jiwa yang mengenali hati ini, Telah ku rentasi pelbagai dugaan, Akhirnya "sidia" tidak dapat menerima, Cara zahir dan batin ini berbicara, Biarkanlah,
Aku punya pendirian yang tetap, Setiap kata ucapan dan coretan, Lahir dari hati yang kudus kosong, Tetap dengan ia, Tapi pendirian ini boleh diubah, Andai ada yang petah berbicara, Walau mengambil masa,
Aku punyai impian dan harapan, Yang telah lama ku pendamkan, Sampai detik ini satu saja belum tertunai, Kerna tiada siapa yang dapat ku ungkapkan, Yang ada pun ditinggalkan, Apa daya hati ini menghalang, Kemunafikan kian bermaharajalela, Jauhkanlah ia dalam hatiku,
Inilah aku, Kenalilah jiwa dan hati ini, Andai dirimu kehendakinnya, Jangan hanya manis dibibir, Mulut kata lain hati kata lain, Tetapkan pendirianmu dalam hati, Tetapkan yang satu, Tutup hatimu bila bertemu yang satu itu, Jika tidak meranalah antara duanya,
Teman-teman seperjuangan ketika di alam persekolahan. ni beberapa orang teman seperjuangan di zaman persekolahan. Ramai lagi, ni jer yang sempat diuploadkan. Segala salah dan silap semasa kita bersama harap dimaafkan. Insyaallah, ukhwah kita selamanya..
Alhamdulillah, Kem Bina Modal Insan 2009 yang diadakan baru-baru ini berjaya dilaksanakan oleh Ikatan Teman Seperjuangan(ITS) yang merupakan salah satu gerakan lepasan pelajar Maahad Pengajian Islam bermula dari tahun 2008. Setakat ini pihak ITS telah berjaya menganjurkan 2 program untuk pimpinan-pimpinan pelajar Maahad Pengajian Islam. Program yang dianjurkan pada pertengahan bulan 12 tahun lepas dinamakan Kem Memperkasakan Kepimpinan(KMK) dan pada pertengahan bulan 7 baru-baru ini dinamakan Kem Bina Modal Insan(KBMI). Insyaallah, jika tiada aral melintang pihak ITS akan menganjurkan program yang ketiga iaitu pada bulan 12 nanti, insyaallah. semoga niat murni kami diberkati Allah.
Pihak ITS telah merancang beberapa program untuk dilaksanakan, insyaallah jika tiada aral melintang yang melanda, berjalanlah program tersebut. Buat masa sekarang, pihak ITS sedang mencari dana bagi memudakan segala urusan yang akan dilaksanakan.
Dalam negara kita gempar dengan isu sebat, perkara ini timbul kerana kartika yang mengaku telah minum arak dan diminta untuk melaksanakan hukum-hukum islam keatsnya. oleh itu mahkamah syariah memerintahkan penjara kajang untuk menyebat kartika sebanyak 6 sebatan. yang malangnya, penjara kajang tidak ada tukang sebat cara islam. Sebat mengikut hukum islam bukannya seperti sebat yang selalu kita tengok yang dilaksanakan keats pesalah-pesalah di malaysia. berikut merupakan perbezaan antara sebat cara islam dan cara sivil :-
SEBAT CARA ISLAM 1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm 2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak. 3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. 4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk. 5. Sebatan dengan kekuatan sederhana. 6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala. 7. Tidak melukakan kulit pesalah.
SEBAT CARA SIVIL 1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz. 2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat. 3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja. 4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat. 5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan. 6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus. 7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan. 8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.
begitulah betapa Allah kasih terhadap hambanya yang melakukan kesilapan. sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba yang melakukan kesilapan, baik yang seringan-ringan kaps mahupun seberat-berat gunung-ganang. sebat cara islam hanyalah untuk memberi kesedaran dan keinsafan terhadap manusia agar tidak mengulangi kesilapannya. Jadi amatlah wajar di Malaysia ini, pihak-pihak yang berwajib memberi pendedahan yang seluas-luasnya tentang hukum Allah ini. Ilmu tentang hukum Allah ini wajar diberi perhatian yang sewajarnya. Pihak yang berwajib perlu memberi pengetahuan kepada masyarakat, agar dihayati sedalam-dalamnya bukan ditentang sehebat-hebatnya. Kalau betullah kita umat islam yang sayangkan islam, marilah sama-sama kita menghayati hukum-hukum Allah yang terkandung didalam kitab suci Al-Quran dan mengamalkannya.insyaallah.
gambar dibawah ini menunjukkan cara sebatan yang dilakukan di indonesia....
sebat keatas lelaki
sebat keatas wanita
Ini pula sebat secara sivil yang diamalkan oleh Malaysia.
Begitulah kesan sebat mengikut undang-undang sivil. Islam tidak menyiksa umatnya yang melakukan kesilapan dengan sebegini rupa. Sebat cara islam hanyalah untuk memberi pengajaran kepada ummatnya.
Ketika zaman nabi, sebat dilakukan sebanya 40x terhadap yang meminum arak dengan menggunakan pelepah tamar. Tidak kita dengar nabi Muhammad memukul sehingga mencederakan.
Itulah kelebihan hukum-hukum islam. Ingatlah bahawa hukum-hukum islam adalah yang terbaik untuk memberi pengajaran kepada ummat manusia.Wallahua'lam.
kesalahan dan kesilapan harap ditegur.
Syed Ahmad Fitri Al-Yahya.
http://teratakalyahya.blogspot.com
Mungkin tak terjangkau dengan kaki melangkah dan mungkin juga tak terucap dengan kata-kata nan indah. Mata kadang-kadang bertentangan dan berjauhan sehingga menautkan satu rasa,, Rasa yang amat sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata, pergerakan dan tulisan.....
Mungkin satu hari nanti, akan ketemu jawabannya....
Bahasa / dialek kelantan yang bermula dengan huruf B...salah dan silap harap diperbetulkan...sedang mencari dan mengumpul dialek-dialek kelantan..siapa-siapa yang sudi bolehlah berkongsi...
Hatiku seringkali ditakuti, Ujian yang mendatang, kadang-kadang ku menghela nafas, Disetiap perjalanan itu, Hingga ku terasa kesilapan yang kulakukan,
Dalam kegelapan itu, Aku tidak berdaya, Menghalang dari kesilapan itu,
Ujian Allah, Kadang-kadang dihimpit duka, Kadang-kadang juga di sulami tawa, Kadang-kadang antara dua,
Seringkali kita tersilap perkiraan, Dalam percaturan waktu, Meniti kata-kata yang zahir, Pertuturan dan tulisan, Benar telajak kata tidak dapat diundur, Bolehkah ia ditarik semula, Andai di fahami, Dalam arti kata, Dari keikhlasan lubuk hati, Andai keikhlasan yang satu dipertaruhkan, Marilah sama-sama sedar, Akan kekhilafan di antara kita,
Kehadiranku mungkin, Satu anugerah dalam kebencian, Atau kegembiraan dalam qalbu, Adakah obor pengharapan itu, Kan menyala andai qalbu, Tak disentuh dengan keikhlasan itu, Persahabatan yang suci murni, Lahir dari qalbu yang benar-benar ikhlas, Demi merungkai kekhilafan ini, Jadilah sahabatku dunia akhirat, Moga dipertimbangkan....
Nukilan sanubari: syed al-yahya(teratakabadi_alyahya) 13 Julai 2009 09:44 pm
Semua insan mengerti bahawa, Cinta itu satu anugerah Allah, Kepada setiap jiwa hambanya, Untuk memperoleh rasa cinta itu bukannya senang, Ia harus dipupuk dan dibajai tiap masa, Andai jiwa insan itu mendapat cinta ilahi, Ia kan kekal disanubari, Jika cinta ilahi itu dihati, Pasti ia kan menemui cinta insani, Andai kedua cinta ini bersama dihati, Kan pasti ukhwah itu tetap bersemi, Terus mendamba cinta kan menenangkan ketika diduniawi, Kan terus kekal hingga ukhrawi,, Kejarlah cinta ilahi, Carilah cinta insani, keduanya penting untuk hati dan jiwa ini,,..
Nukilan Hati, syed al-yahya(teratakabadi_alyahya) 29 Ogos 2009 10:28 am
Esok pagi pekerja bandaraya memungut kondom Merdeka
Tidak lama lahirlah cucu Merdeka
Tidak lama lahirlah bangsa Merdeka
Yang tidak Merdeka
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Merdeka apa?
Dulu anak-anak bangsaku
Bersopan santun halus budi pekerti
Ada jati diri
Hari ini genap 50 tahun negaraku Merdeka
Anak bangsaku
Perempuan baju singkat
Ketat nampak pusat
Seluar sempit tutup hanya sedikit
Lelaki pakai subang
Pakai gelang
Pakai rantai tengkuk seperti beruk
Berambut merah
Seperti bangsa panjajah
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Merdeka apa?
Dulu anak bangsaku
Kuat berpegang agama
Hormati Alim Ulama`
Hari ini genap 50 tahun negaraku merdeka
Anak bangsaku
Hidup tanpa arah panduan
Hanyut dengan hiburan
Puja artis hina Ulama`
Lebih 200 ribu orang melayu tukar agama
Hampir sejuta orang melayu dipusat serenti
Hilang sudah jati diri
Seperti bangsa penjajah
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Merdeka apa?
Dulu bangsaku berjuang
Orang melayu diberi bantuan ekonomi
Kerana banyak toleransi
Kekayaan negara mesti sama dikecapi
Hari ini genap 50 tahun negaraku merdeka
Anak bangsaku
Ada yang tak miliki walau sejengkal tanah
Ada yang kerja gaji murah
Ada yang tak mampu sewa rumah
Ada yang tak mampu hantar anak bersekolah
Walau pemimpin hidup mewah
Walau rezeki Negara berlimpah ruah
Kekayaan Negara orang lain kecapi
Bangsaku hanya menggigit jari
Kenapa kekayaan negara tidak dibahagi
Padahal bangsa penjajah sudah lama pergi
Kera di hutan di susui
Anak di pangkuan mati kelaparan
Sampai bila bangsaku begini
Di negara sendiri masih menumpang
Merdeka tidak membawa apa-apa erti
Kalau keadilan negara masih tempang
Siapa yang Merdeka?
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Merdeka apa?
Dulu bangsaku berjuang
Orang melayu masuk universiti dapat biasiswa
Dalam pelajaran bangsaku tidak tertinggal
Walau jauh di luar Bandar
Hari ini genap 50 tahun negaraku Merdeka
Anak bangsaku
Masuk universiti
Biasiswa jadi pinjaman
Keluar universiti wajib dibayar
Walau kerja belum di tawar
Miskin kaya tidak boleh di persoal
Peraturan dan undang-undang tidak mengenal
Inikah nikmat Merdeka?
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Merdeka apa?
Dulu bangsaku berjuang
Bahasa melayu mesti di martabat
Bahasa melayu mesti di beri tempat
Bahasa melayu alat perpaduan
Bahasa melayu lambang ketuanan
Hari ini genap 50 tahun negaraku Merdeka
Matematik sains dalam bahasa inggeris di ajar
Bahasa melayu kian terhakis
Yang meminggir bukan penjajah british
Pejuang bahasa sudah lama menangis
Fakir masa depan nasib anak bangsa
Fakir hilang sudah jati diri orang sebangsa
Berjuang atas nama bangsa
Yang menghancurkan bangsa
Apa erti Merdeka?
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Merdeka apa?
Dulu bangsaku berjuang
Mesti pertahan tanah rezab orang melayu
Demi masa depan anak cucu
Kontrak sosial semua setuju
Hari ini genap 50 tahun negaraku Merdeka
Tanah rezab orang melayu habis tergadai
Konon atas nama pembangunan
Apa jadi pada orang melayu pulau pinang
Tinggal di kawasan setinggan tanah berlumpur
Sedikit sangat
Tinggal di rumah berkembar
Apartmen mewah dan banglo
Pembangunan tidak ada erti
Kalau tak mampu bangsaku miliki
Siapa yang Merdeka?
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Merdeka apa?
Dulu penjajah mencipta undang-undang darurat
Konon membanteras komunis pengkhianat
Namun ramai juga
Pejuang bangsa
Pejuang agama
Dalam penjara di sumbat
Hari ini genap 50 tahun negaraku Merdeka
Penjajah sudah lama pergi
Komunis tidak bertapak lagi
Namun undang-undang lapuk penjajah di pakai lagi
Demokrasi tidak Merdeka lagi
Ada di penjara tanpa bicara
Ada di sekat bantuan kerana lantang bersuara
Ada ceramah politik di tarik permit
Padahal mereka penyubur demokrasi
Mereka mahu merdeka yang hakiki
Inikah erti merdeka!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Apa itu merdeka?
Merdeka bukan hiburan
Merdeka bukan nyanyian
Merdeka bukan bebas melakukan maksiat
Merdeka bukan bebas membuat jahat
Merdeka bukan bebas merompak wang rakyat
Merdeka bukan bebas makan rasuah
Merdeka sebenar
Merdeka jiwa
Merdeka budaya
Merdeka fikiran
Merdeka peraturan
Merdeka undang-undang
Daripada acuan penjajah
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Apa jadi pada bangsaku 50 tahun lagi
Tika negaraku menyambut merdeka
Kali ke 100 tahun
Ada lagikah bangsaku
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Mari bangsaku kita merdeka
Di sini kita bermula
Kita pupuk semangat setia negara
Kita bina bangsa mulia
Kita lawan musuh durjana
Kita pertahan bumi merdeka
Kita buang undang-undang lapuk penjajah
Kita jadi bangsa bermaruah
Kita jadikan al-quran dan sunnah sebagai panduan
Kita jadi manusia yang kenal tuhan
Kita jadi manusia yang ada wawasan
Kita jadi benteng paertahan kerajaan Islam Kelantan
Kita merdeka dalam merdeka
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Selamat menyambut merdeka kali ke 50
Mohd Noor Yazid
Maahad Pengajian Islam, Kota Bharu, Kelantan
16 Ogos 2007
Sajak ni ana pernah baca semasa program speaker corner anjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam selama 3 tahun berturut-turut bermula dari tahun 2004-2008. Sajak ni juga ana pernah baca dihadapan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat pada tahun 2008 dan semasa sambutan hari kemerdekaan peringkat parlimen Kubang Kerian di hadapan Yb Salahuddin Ayub pada tahun 2008. Salah dan silap harap dimaafkan. Selamat menyambut kemerdekaan yang ke52..
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
"Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata: Ya Rasulullah, juga Najd kita..?, (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa): “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami” , mereka berkata: Ya Rasulullah, juga Najd kita..? ,( Rasulullah diam dan kembali berdoa ): “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami” , mereka berkata : Ya Rasulullah, juga Najd kami..??, beliau saw kemudian menjawab: “dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah!, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk setan!." ( Shahih Al Bukhari)